Isnin, 2 Januari 2012

HENSHIN! Siri 1 Muqaddimah: Siapa KITA?

Abang pernah tanye adik dulu2, pernah dengar ISK? Adik kata pernah, tapi tajuknye jerr. "Ini Sejarah Kita". Apa benda ISK tu? Huhu.

So abang rasa bertanggungjawab (wah!) untuk cerita kat adik pasal ISK ni. Sebab abang rasa semua MUSLIM mesti dengar isi dia yang super penting! Yes, ISK khas untuk mereka yang bergelar "MUSLIM". Bukan setakat BEST dengar, tapi membuka mata dan hati! MashaAllah.

Tapi ape kene mengena dengan tajuk "HENSHIN!" pulak? Hehe. Nak bagitau, ISK tu hanya nama yang boleh ditukar ikut kesesuaian masa, tempat, hati dan perasaan. Hehe. Yang jauh lebih penting adalah isinya! HENSHIN ni nama program ISK yang pernah dibuat kat tempat abang belajar dulu, yang bermaksud "bertukar!". Catchy kan? (Haha. Perasan.) Kalo nak tau, ni la yang Suria Baja (abang rasa "Baju". Hehe) Hitam a.k.a. Kamen Rider sebut bila nak bertukar daripada orang kepada manusia lalat tu (tu seragam lalat kan? Sebab mata dia ala2 lalat kan? Entah. Hehe). Ape kaitannya tajuk ni dengan ISK? Ha, adik kene baca sampai habisla siri HENSHIN yang abang akan tulis ni. Hehe. Nak bagitau yang lain lagi bagus!


Cuba teka apa yang lain antara 2 orang  dlm gambar kat atas dengan 2 orang dlm gambar kat bawah? Sorang jadi Suria Baja Hitam Hitam-Putih, sorang lagi Hitam-Hijau. Nama sebenar gagal dikenalpasti. Hehe.
Secara umumnya, ISK atau HENSHIN ni ada tiga bahagian; Muqaddimah, Sejarah dan IPK. IPK tu apa? Huhu. Tungguuuuu. Nanti sampai masa abang cerita eh.

Ni abang mulakan dengan Muqaddimah HENSHIN Bahagian 1 (Hehe. Muqaddimah pon ada bahagian2 dia.. OVER! Layan je laa. Yang penting isinya!)

Ready? Sama-sama kita hayati ye.

Siapa yang kena HENSHIN?

KITA lah! Abang, adik dan kawan2. Siapa KITA?

Melayu?

Pelajar?

Anak?

Hamba Allah?

Rakyat Malaysia?

Orang Terengganu?

Muslim?

Haaa? Macam semua betuuul je! Hehe. Memang pon, tapi mana yang PALING BETUL? Yang paling teguh identitinya. Yang paling mendasar statusnya. Yang paling utama menjadi gelaran kita. Yang mana?

Betullah kita orang Melayu. Tapi sejak bila nama "Melayu" itu sendiri timbul? Tak payah kaji dalam2, kita belajar Sejarah dalam SPM pon ada sebut, Melayu di Tanah Melayu a.k.a. Malaysia (specifically semenanjung) mula bila Parameswara jumpa Melaka. Mungkin ada fakta yang lebih tepat. Tapi secara kasarnya, Melayu hanya mula boleh dikaitkan dengan kita sekitar tahun 1400 M. Kalau nak baca sejarah Etnik Melayu di atas muka bumi ni sendiri pon, ia hanya bermula sekitar 2500 SM. Sebelum tu takde "Melayu"! Takde bangsa kita ni dik! So siapa kita sebelum "Melayu" itu sendiri wujud?

Samalah juga dengan 'rakyat Malaysia' dan 'orang Terengganu', atau yang seumpamanya. Identiti diri yang tidak kukuh kerana asas yang goyah.

Pelajar? Maksudnya belajar secara rasmi di mana2 institusi pendidikan, pada apa2 peringkat. (Kalau dikira belajar dalam Islam, memang dari lahir hingga ke liang lahad kan?) Tapi selamanya ke kita belajar kat sekolah? Selamanya ke kita digelar seorang pelajar? Tak kan? Nanti adik jadi ustazah, abang lecturer (insyaAllah..), ada yang jadi engineer, doktor, dan lain2. Pendek kata, status 'pelajar' tu akan berubah kepada 'pekerja'. Even 'penganggur' pun dah bukan 'pelajar'! Hehe. Dan sebelum kita masuk tadika, sekolah rendah, menengah, kolej dan seterusnya, kita ni 'pelajar' ke? Tak. Kita budak2, tau main jer macam Esya, Syamil, apatah lagi Farique dan Syakir, anak2 saudara kita yang bertuah tu! Hehe. Abang Fikri je yang baru mula masuk Taski ABIM harini. So baru harini dia bergelar 'pelajar'. Paham kan dik? So status 'pelajar' tu tak kukuh untuk mengidentitikan diri KITA.

Sama juga dengan status 'anak'. Ia akan berubah menjadi 'ayah', 'mak', 'cik mi', 'cik su' dan lain2, seiring meningkatnya usia kita.

'Hamba Allah' pulak? Betuuul sangat! Memang ini pengakuan identiti yang sangat penting! Even dalam al-Quran pon, dari surah pertama sehingga surah terakhir, mesej Allah tidak lain, iktiraf Dia sebagai Rabb yang bermaksud Master atau Tuan, yang secara tidak langsung menjadikan kita sebagai HAMBA. (Perasan tak, dalam a-Fatihah, mula2 dah sebut "alhamdulillahi RABBil 'alamin", pastu dalam an-Nas, "qul a'uzubiRABBin nas"! Subhanallah.) TAPI, adik tau tak, orang arab jahiliyah sebelum kebangkitan nabi Muhammad S.A.W. pon gelar diri dia 'hamba Allah'! Mereka bersumpah dengan "Wallahi"! Mereka iktiraf Allah sebagai tuan kaabah apabila Abrahah nak runtuhkan binaan agung tu! Tapi apa bezanya KITA dengan mereka ni?

Dan kalau diikutkan sebenarnya, pokok, batu, laut, burung, kucing dan semuaaaaaa makhluk ciptaan-Nya adalah hamba-Nya! Cuma lainnya, KITA ini bergelar manusia. Lalu manusia yang sedar dirinya hamba Allah yang sebenar-benarnya, bukan hanya pada nama dan gelaran, adalah siapa?

MUSLIM.

Inilah status KITA yang paling agung. Identiti kita yang paling mendasar. "Eh apa pulak, Islam pon mula lepas nabi Muhammad dilantik jadi rasul! Baru 1400 tahun lepas! Etnik Melayu wujud lagi lama!" Soalan abang..

Senang cite tulis ISLAM dengan alif lam alif sin lam alif mim. Hehe.

"Betul ke Islam mula dengan nabi Muhammad?"

Untuk menjawab soalan ni, jom kita tengok makna 'Islam' tu sendiri. Huhu. Mesti adik dah tau. Senang je, kita belajar kat sekolah agama dulu. Sekolag rendah pon ade dalam subjek Pendidikan Islam. Dari segi bahasa, 'sa la ma' itu 'sejahtera'. Dan 'as la ma' pulak 'tunduk patuh'. So gabung dua2, kita define 'Islam' itu sebagai 'cara hidup yang sejahtera atas kepatuhan sepenuhnya kepada Allah sebagai Tuhan, Penguasa dan Ilah'. Ok, boleh terima? Mungkin tak sama word by word dengan definisi ulamak, tapi isinya insyaAllah tidak menyeleweng. Amiin.

So, adakah nabi Muhammad S.A.W. je yang membawa ajaran Islam ni? Bagaimana dengan Isa, Musa, Ibrahim, Nuh? Bukan ke semuanya membawa manusia kepada ajaran yang sama? Mungkin namanya bukan 'Islam', tapi semuaaaaaanya membawa kepada suatu cara hidup yang aman sejahtera, dalam keabdian kepada Tuhan yang Esa! Allah sendiri yang kata dalam an-Nisa', 4:163, bahawa Dia turunkan kepada nabi Muhammad apa yang telah diturunkan kepada nabi2 sebelumnya. Ajaran yang sama!

Even Allah sebut dalam Ali Imran, 3:67 yang Ibrahim itu bukan Yahudi atau Nasrani, tapi baginda adalah 'hanifan musliman', 'muslim yang sebenar, tulus mulus'! Subhanallah.

Kalau tengok pesanan nabi Ibrahim dan Ya'qub (a.k.a Israel) dalam al-Baqarah ayat 132 dan 133 pon, memang kedua-duanya berwasiat kepada si anak sebelum wafat, supaya tidak mati melainkan dalam keadaan muslim, iaitulah dengan menyembah 'ilahan wahidan', 'Tuhan Yang Satu'!

Jadi siapa yang mula-mulaaaaaaaaaaa sekali mengabdikan dirinya kepada Tuhan Yang Satu tu? "Malaikat!" "Azazil!" "Jibril!" Sabar je la. abang tanya 'siapa', means MANUSIA! Ya, tak lain dan tak bukan, nabi Adam alaihissalam. Manusia pertama yang Allah ciptakan. Manusia pertama yang menjejak kaki ke bumi. Dan manusia pertama yang selayaknya digelar ISLAM. So kukuh tak sejarah kewujudan islam tu sendiri? Boleh lawan Melayu, Malaysia, mahupun Terengganu? Hehe.

Dan gelaran 'muslim' juga valid untuk kita sepanjang hayat, tak kira la sebagai anak, pelajar, pekerja dan sumpamanya, selagi kita semua tunduk patuh, menghambakan diri kepada Allah, mengikuti cara hidup yang sejahtera ini. "Islam is the way of life" Yeah!

'Islam' vs. 'islam'

Kita ni 'Islam' atau 'islam'?

Ape bende pulak ni? Islam? islam? Tak ke sama? Beza 'i kecik' dengan 'i besar' je. Memang bezanya pada 'kecik-besar' pangkal perkataan tu, tapi...

Abang bagi analogi dulu. Huhu.

"Hai, saya Lari"

"Saya lari lintang pukang sebab anjing tu kejar!"

Apa yang sama dalam dua ayat ni? Yes, dua2 ada perkataan 'lari', bezanya cuma pada 'L besar' dan L kecik' kan? Apa maksud 'L besar' 'L kecik' tu? Mesti adik tau. 'L besar' untuk kata nama dan 'L kecik' untuk kata kerja. Senang je.

Samalah dengan ISLAM! 'Islam' untuk kata nama, dan 'islam' untuk kata kerja. Maksudnya? Tengok video ni...



Takut kan? Nastaghfirullah. Inilah yang dimaksudkan dengan 'Islam' yang hanya pada kata nama. Wallahua'lam, Allah lebih tahu isi hatinya dan sejuh mana pengabdian mereka kepada Allah. Cuma apabila melihat luarannya, kita dapat lihat pertentangannya dengan hukum Islam itu sendiri. "Don't judge a book by its cover, okay!" Huhu. Tapi nabi cakap dalam Hadith ke-6 dalam Matan Arbaein Imam Nawawi:

"...Dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, bailah seluruh jasad itu, dan sekiranya ia rosak, rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati." (Bukahri dan Muslim)

So nak cakap apa? "Innamal a'maalu binniyyaat..." Hadith pertama Matan Arbaein pulak cakap setiap amal itu dengan niat i.e. amal itu lahir dari hati, dalaman kita! Wallahu warasuluhu a'lam.

Kita bukan nak menuduh dan menilai keislaman seseorang, tetapi sebagai pengajaran supaya kita tidak terjebak. Kita doakan diri kita dan mereka sentiasa dipandu Allah kepada jalan-Nya yang lurus sehingga akhir hayat. Amiin. Ok dik? Boleh sambung sikit lagi? Hehe.

So nampak tak, kita ni patut jadi 'Islam' atau 'islam'? 'Islam' sekadar nama, atau 'islam' dengan perbuatan? Sebenarnya salah tulis 'islam' dengan 'i kecik' kan? Sebab tu memang kata nama khas. Tapi cuma nak bagi senang ingat, kita tak nak ISLAM yang hanya pada nama, tapi ISLAM kita pada perbuatan. Boleh terima dik? Tak setuju cakap. Hehe.

Wallahua'lam. Abang berhenti kat sini dulu untuk Bahagian 1 Muqaddimah HENSHIN ni. Yang baik ambil, amal dan sebarkan. Yang salah kena tegur dan betulkan. Moga Allah redha. Amiin.


Tiada ulasan: