Kali ni adik nak kongsi satu video yang adik suka sangat denga. Kebetulan semester ni adik belajar Taranum. So, saja nak masukkan dalam blog ni, contoh bacaan al-Qur'an secara berlagu. Bolehlah praktis sikit-sikit bila dengar dan tonton video ni. Hehe. Kenapa adik kata dengar? Sebab melalui kita dengar, kita boleh cuba ikut burdah-burdah dalam lagu yang dialunkan. dan kenapa tonton? Sebab kita boleh tengok gerak mulut dan mimik muka pembaca untuk kita ikut naik turun suara dia.
Ohho, sebelum tengok video taranum tu, jomlah kita tengok dulu video nasyid. Ha..adik ingat lagi, abang yang perkenalkan adik dengan kumpulan Far East ni. Tapi mungkin abang tak tahu yang lagu-lagu Far East ni ada terkandung lagu-lagu taranum dalamnya. Huhu..kreatif kan diorang ni? (Thumbs Up untuk inisiatif diorang =) )
Adik masukkan satulah ye ;)
Semester ni adik belajar 4 lagu...Hijjaz, Sikah, Nahwand, Jiharkah =)
Tapi video yang adik nak masukkan ni adik rasa lagu Soba..hehe..Lagu ni adik belajar masa PPISMP dulu.. Lebih kurang video ni untuk refresh balik apa yang dah dipelajari dululah, Insya Allah..(^_^)
P/S:
Ustaz adik kata, orang bertaranum ni muka tak chantek..hehe ~Jadi, jangan risau kalau orang senyum tengok kita bertaranum..huhu~
Abang nanti mungkin akan selalulah dengar 'suara' adik kat rumah.. ~Sila jangan serabut.. =) ~
Yo, bro..hehe..sorry lamo bona
dah den tak update blog ni. Actually adik dah prepare 2 cerita. Tetibe hilang..pergh..agak
kuciwa di situ. Tapi takpe, nanti kalau ada kelapangan, adik akan tulis la
sekali lagi cerita tu.
Ok, kali ni adik nak kongsikan
tentang persoalan,
“Apa yang kita suka? Apa yang
kita tak suka? Apa yang kita mahu? Apa yang kita perlu?”
Apa…apa…dan apa…. (Biala walaupun
abang yang selalu cerita kat adik kan..huhu).
Dalam kita mengejar dan
mengharungi hari-hari kita, kita banyak berdepan dengan sesuatu yang memerlukan
atau dalam sesetengah keadaan mewajibkan kita membuat pilihan atau keputusan. Dari
kecil sampailah kita dah dewasa..(Hmmm..remaja la untuk adik..ngeh3..).
Masa kecil (kecikla sangattt..) @
remaja:
“Abang nak jadi apa bila dah
besar?”
“Nak sekolah kat mane nanti lepas
UPSR? SMK atau SMKA?” ~Adik pilih SMK..hehe..tak terlama pulak di SMKA
tu..agaga..~
“Nak pilih aliran apa untuk SPM?”
~Dan kita pilih Sains Agama..sekolah yang sama..wink2 ;) ~
“Nak pilih course apa lepas SPM
kalau result cmni n camtu?” ~Abang pilih engine..huhu~
Dah dewasa (Berumur lingkungan
19-20++):
“Dah habis belajar nak kerja apa?”
“Nak pilih kerja yang mana…A atau
B atau C???” (Pening jugak nak pilih ek..abangla especially..hehe)
“Posting nak pilih mane?” (Ha…ni
adik (^_^) )
“Nak pilih siapa? Si A atau si B
atau si C?” (Ni untuk apa? Pasangan hiduplah..)
Dan banyak lagi persoalan
sebenarnya yang akan bermain dan sedang bermain dalam fikiran kita. Betol tak,
bang? (Mari angguk bersama-sama saya..(Dora) )
Huhu. Lama tak update blog. Last week memang tak sempat nak update; siang abang pegi audit kilang, malam penuh dengan program. Alhamdulillah, masih lagi disibukkan dengan benda2 baik. Mesti adik pon sama kan? Moga Allah terus pelihara kita hendak-Nya.
Banyak benda berlaku last week. Antara yang paling besar, Tok Ngoh meninggal dunia Khamis, 12 Januari 2012. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Terkejut jugak mula2 dengar. Ayah call abang masa tengah audit satu kilang buat karipap ikan mini kat Hulu Terengganu. Alhamdulillah lega sikit dengar yang mama dan ayah long sempat jumpa Tok Ngoh dan duduk dengan dia sampai habis nyawa. Moga Allah tempatkan Tok Ngoh dengan ahli syurga, insyaAllah.
Ok, back to the subject. Huhu. Ni sticker yang abang lekat kat kereta ayah tahun lepas. Kawan abang yang bagi. Selalunya orang letak sticker "McD: Drive THRU" kat kereta diorang. Bukan satu dua kereta, tapi BANYAAAAAK! Mungkin diorang tak tau lagi, so takpe la kot. Tapi KITA dik? Adik tau kenapa abang letak sticker tu kat kereta ayah? Huhu.
Simple, kita nak boikot produk yang menyumbang kepada Israel! Bila cakap Israel, terus kita ingat saudara-mara kita yang dizalimi di tanah kelahiran mereka, bumi barakah Palestin. Isu mereka adalah isu kita! Sebab mereka saudara seakidah kita, yang hubungannya lebih utuh dan mendasar daripada hubungan darah. Juga sebab Palestin itu tempat letaknya tanah suci orang Islam yang makin dilupakan, iaitulah Baitul Maqdis yang namanya disebut Allah di dalam al-Quran sebagai bumi barakah! Isu Palestin isu ummah, isu akidah! Kita berdosa jika hanya memeluk tubuh, sedangkan saudara kita di sana bermati-matian mempertahankan tempat suci yang juga menjadi tanggungjawab kita mempertahankannya! Apa kita boleh buat dari jauh ni? Doa je? Yes, tapi usaha perlu ada. BOIKOT pleaseeee!
Kalau ikutkan yang sepatutnya, baaaaaaaaanyak lagi brand dan company yang kita kena boikot sebab ada kaitan dengan Israel laknatullah tu. Tapi kita cuba berstrategi, fokuskan dulu beberapa brand yang benar2 nampak sokongan diorang kat negara haram tu. Setakat yang abang tahu, TIGA companies yang seluruh dunia (mereka yangs edar) tengah cuba boikot adalah Coca Cola, Mc Donalds dan Starbucks. Tiga jerr? Yes, tiga jerr DULU supaya kita nampak kesannya hasil tindakan sepadu seluruh masyarakat dunia! InsyaAllah.
Ada kesan ke boikot2 ni?
Huhu. Sebelum abang jawab soalan ni, kita tengok jap beberapa cerita ni.
SATU: Kisah seekor burung pipit yang cuba menyelamatkan Nabi Ibrahim. Adik ingat tak bila? Yes, masa Nabi Ibrahim nak dibakar hidup2 oleh Namrud dan orang kampung baginda yang pelik lagi ego! Ego sangat kot, sampai terang2 Nabi Ibrahim buktikan yang 'tuhan' sembahan mereka tak boleh buat apa2, tapi diorang masih berkeras untuk tegakkan benang yang basah. Sampaikan sanggup si ayah merelakan anaknya dibakar hidup2! Harini ganas lagi, bukan setakat ayah bunuh anak, tapi anak bunuh ayah pon ada. Ya Allah, banyak kerja kita untuk baiki ummah, yang semestinya mula dengan diri kita sendiri!
Alahai.. besar tu je paruh brung pipit??
Ok, balik kepada burung kecil tadi. Hanya dengan menggunakan paruhnya yang tak berapa nak besar tu, si burung masih tetap berulang-alik membawa air dan 'mencurahkannya' ke atas api yang sedang marak dan bersedia membakar apa2 yang dihumban ke dalamnya. Boleh ke titisan air tu memadamkan api yang marak menjulang tu? Ada kesan ke usaha si pipit yang sekelumit itu?
DUA: Adik mesti tau berapa lama Nabi Nuh berdakwah kepada kaumnya kan? 950 TAHUN! Subhanallah! Laaaaaaaamaaaaaaaaaaaanyaaaaaaaaa! Yes, tapi tau tak berapa ramai yang beriman di akhir hayat baginda? 80 lebih je! Lebih kurang setiap 10 tahun, hanya SEORANG sahaja yang terima dakwah baginda! Bila tengok sekali lalu, ada kesan ke dakwah Nabi Nuh ke atas kaum baginda? Adakah sebab Nabi Nuh sambil lewa buat dakwah? Atau baginda berputus asa di tengah jalan? Sama2 kita baca dan faham surah Nuh, di mana Allah rakamkan kesungguhan Nabi Nuh yang berdakwah siang malam, dengan pelbagai cara, dan berhadapan dengan pelbagai jenis tohmahan dan ujian daripada kaum baginda. MashaAllah. Cuba bandingkan dengan diri kita, diuji dengan iklan, pujukan kawan, 'testimoni' yang mengiurkan, terus putus asa dan mengalah. Moga Allah ampunkan kelemahan kita sebagai manusia yang tak lari daripada kesilapan. Mungkin surah an-Nas dan al-Falaq boleh jadi pendinding diri?
Cukuplah dua cerita. Abang nak tunjuk yang usaha yang dilihat kecil pada mata kasar tak semestinya tidak penting atau berkesan. Sebabnya, kesan itu Allah yang bagi, atas keizinan Dia. Kalau Dia kata jadi, maka serta-merta akan jadi. Tinggal kita nak yakin ke tak. Yakin kita yang lahir dari hati ni akan hasilkan amal, iaitu usaha sedaya upaya dengan doa supaya Allah memberi kesan yang dikehendaki.
Api yang hendak membakar Nabi Ibrahim tidak menyejuk kerana titisan air yang si pipit 'renjiskan'. Tidaklah pulak akan Allah ceritakan kisah dakwah Nabi Nuh dalam kitab-Nya jika dakwah yang dilakukan itu sia-sia dan tidak bermakna! Ya, Allah memandag kepada usaha kita dik! Hasilnya terserah pada Dia. Ikutkan sunnatullah; man jadda wajada, man zara'a hasoda. Kita yang dapat jika usaha, tapi Siapa yang bagi? Kita yang tanam, tapi Siapa yang tumbuhkan? ALLAH S.W.T! So kena mula usaha, kalau asyik pertikaikan ada hasil ke tak daripada usaha kita tu, tanpa kita usaha pape, laaaaaaaagi la tak dapat apa2, ye dak?
Alhamdulillah...
Abang ada baca sana sini tentang hasil boikot barangan Israel ni. Yang abang pernah dengar sendiri daripada mulut presiden Friends of al-Aqsa beberapa tahun lepas dalam satu program Winter Retreat, katanya Nestle adalah antara company yang dah tarik sahamnya daripada terus melabur untuk Israel. Abang ingat lagi, lepas tu semua kawan abang pakat beli semula barangan Nestle. Ye la, sapa tak suka Milo, Nescafe, Kit Kat, sos cili dan banyak lagi produk Nestle kat supermarke tu! Paling tak boleh blah, kawan2 abang mula beli semula Maggi! Duduk overseas la katekan. Huhu. Tapi abang cek kat website Friends of al-Aqsa lepas tu, dan sampai sekarang, tak sebut pon secara rasmi pasal penarikan balik saham Nestle tu. Tapi sebab dah dengar, tak rasa bersalah sangat nak beli barang Nestle yang kadang2 memang tiada bandingannya. Ops! (Asghfirullah. Lemah betul iman ni! Tapi betullah, ada sesetengah barang yang kita memang guna, beli, dan makan dari kecik, sangat susah nak tinggalkan! Tapi cubalah sedaya upaya cari alternatif kepada benda tu dulu, lagi2 harini, kalo teringin nak makan McD, at least KFC dah ada burger, double fillet lagi! Hehe.)
Ada beberapa lagi contoh hasil boikot companies yang menyumbang kepada Israel ni. Adik boleh google je. Apa yang abang nak tekankan, KITA macamana? Yakin tak dengan usaha boikot ni? Kalau tak boikot, apa kita buat untuk membantu saudara kita di Palestin tu?
Cuba bayangkan kita di tempat mereka. Setiap hari dihujani peluru yang datangnya daripada sumbangan tidak langsung saudara seIslam kita sendiri! Nauzubillah. Sedih rasa, tapi apa kita boleh buat time tu? Kalau kita doa time tu, sure Allah makbulkan sebab dah memang dizalimi bukan sahaja oleh Israel laknatullah tu, tapi oleh ayah, ibu, abang, adik, kakak kita sendiri! Ya Allah. Tak terbayang rasanya kan dik?
So sama2 kita berazam untuk teguhkan pendirian, amalkan ilmu dan pengetahuan, bantu saudara-mara kita yang berjuang kat Plestin tu, dengan cara yang tak seberap ni, tapi insyaAllah ada kesannya. Apa lagi yang kita boleh buat?
Abang pernah tanye adik dulu2, pernah dengar ISK? Adik kata pernah, tapi tajuknye jerr. "Ini Sejarah Kita". Apa benda ISK tu? Huhu.
So abang rasa bertanggungjawab (wah!) untuk cerita kat adik pasal ISK ni. Sebab abang rasa semua MUSLIM mesti dengar isi dia yang super penting! Yes, ISK khas untuk mereka yang bergelar "MUSLIM". Bukan setakat BEST dengar, tapi membuka mata dan hati! MashaAllah.
Tapi ape kene mengena dengan tajuk "HENSHIN!" pulak? Hehe. Nak bagitau, ISK tu hanya nama yang boleh ditukar ikut kesesuaian masa, tempat, hati dan perasaan. Hehe. Yang jauh lebih penting adalah isinya! HENSHIN ni nama program ISK yang pernah dibuat kat tempat abang belajar dulu, yang bermaksud "bertukar!". Catchy kan? (Haha. Perasan.) Kalo nak tau, ni la yang Suria Baja (abang rasa "Baju". Hehe) Hitam a.k.a. Kamen Rider sebut bila nak bertukar daripada orang kepada manusia lalat tu (tu seragam lalat kan? Sebab mata dia ala2 lalat kan? Entah. Hehe). Ape kaitannya tajuk ni dengan ISK? Ha, adik kene baca sampai habisla siri HENSHIN yang abang akan tulis ni. Hehe. Nak bagitau yang lain lagi bagus!
Cuba teka apa yang lain antara 2 orang dlm gambar kat atas dengan 2 orang dlm gambar kat bawah? Sorang jadi Suria Baja Hitam Hitam-Putih, sorang lagi Hitam-Hijau. Nama sebenar gagal dikenalpasti. Hehe.
Secara umumnya, ISK atau HENSHIN ni ada tiga bahagian; Muqaddimah, Sejarah dan IPK. IPK tu apa? Huhu. Tungguuuuu. Nanti sampai masa abang cerita eh.
Ni abang mulakan dengan Muqaddimah HENSHIN Bahagian 1 (Hehe. Muqaddimah pon ada bahagian2 dia.. OVER! Layan je laa. Yang penting isinya!)
Ready? Sama-sama kita hayati ye.
Siapa yang kena HENSHIN?
KITA lah! Abang, adik dan kawan2. Siapa KITA?
Melayu?
Pelajar?
Anak?
Hamba Allah?
Rakyat Malaysia?
Orang Terengganu?
Muslim?
Haaa? Macam semua betuuul je! Hehe. Memang pon, tapi mana yang PALING BETUL? Yang paling teguh identitinya. Yang paling mendasar statusnya. Yang paling utama menjadi gelaran kita. Yang mana?
Betullah kita orang Melayu. Tapi sejak bila nama "Melayu" itu sendiri timbul? Tak payah kaji dalam2, kita belajar Sejarah dalam SPM pon ada sebut, Melayu di Tanah Melayu a.k.a. Malaysia (specifically semenanjung) mula bila Parameswara jumpa Melaka. Mungkin ada fakta yang lebih tepat. Tapi secara kasarnya, Melayu hanya mula boleh dikaitkan dengan kita sekitar tahun 1400 M. Kalau nak baca sejarah Etnik Melayu di atas muka bumi ni sendiri pon, ia hanya bermula sekitar 2500 SM. Sebelum tu takde "Melayu"! Takde bangsa kita ni dik! So siapa kita sebelum "Melayu" itu sendiri wujud?
Samalah juga dengan 'rakyat Malaysia' dan 'orang Terengganu', atau yang seumpamanya. Identiti diri yang tidak kukuh kerana asas yang goyah.
Pelajar? Maksudnya belajar secara rasmi di mana2 institusi pendidikan, pada apa2 peringkat. (Kalau dikira belajar dalam Islam, memang dari lahir hingga ke liang lahad kan?) Tapi selamanya ke kita belajar kat sekolah? Selamanya ke kita digelar seorang pelajar? Tak kan? Nanti adik jadi ustazah, abang lecturer (insyaAllah..), ada yang jadi engineer, doktor, dan lain2. Pendek kata, status 'pelajar' tu akan berubah kepada 'pekerja'. Even 'penganggur' pun dah bukan 'pelajar'! Hehe. Dan sebelum kita masuk tadika, sekolah rendah, menengah, kolej dan seterusnya, kita ni 'pelajar' ke? Tak. Kita budak2, tau main jer macam Esya, Syamil, apatah lagi Farique dan Syakir, anak2 saudara kita yang bertuah tu! Hehe. Abang Fikri je yang baru mula masuk Taski ABIM harini. So baru harini dia bergelar 'pelajar'. Paham kan dik? So status 'pelajar' tu tak kukuh untuk mengidentitikan diri KITA.
Sama juga dengan status 'anak'. Ia akan berubah menjadi 'ayah', 'mak', 'cik mi', 'cik su' dan lain2, seiring meningkatnya usia kita.
'Hamba Allah' pulak? Betuuul sangat! Memang ini pengakuan identiti yang sangat penting! Even dalam al-Quran pon, dari surah pertama sehingga surah terakhir, mesej Allah tidak lain, iktiraf Dia sebagai Rabb yang bermaksud Master atau Tuan, yang secara tidak langsung menjadikan kita sebagai HAMBA. (Perasan tak, dalam a-Fatihah, mula2 dah sebut "alhamdulillahi RABBil 'alamin", pastu dalam an-Nas, "qul a'uzubiRABBin nas"! Subhanallah.) TAPI, adik tau tak, orang arab jahiliyah sebelum kebangkitan nabi Muhammad S.A.W. pon gelar diri dia 'hamba Allah'! Mereka bersumpah dengan "Wallahi"! Mereka iktiraf Allah sebagai tuan kaabah apabila Abrahah nak runtuhkan binaan agung tu! Tapi apa bezanya KITA dengan mereka ni?
Dan kalau diikutkan sebenarnya, pokok, batu, laut, burung, kucing dan semuaaaaaa makhluk ciptaan-Nya adalah hamba-Nya! Cuma lainnya, KITA ini bergelar manusia. Lalu manusia yang sedar dirinya hamba Allah yang sebenar-benarnya, bukan hanya pada nama dan gelaran, adalah siapa?
MUSLIM.
Inilah status KITA yang paling agung. Identiti kita yang paling mendasar. "Eh apa pulak, Islam pon mula lepas nabi Muhammad dilantik jadi rasul! Baru 1400 tahun lepas! Etnik Melayu wujud lagi lama!" Soalan abang..
Senang cite tulis ISLAM dengan alif lam alif sin lam alif mim. Hehe.
"Betul ke Islam mula dengan nabi Muhammad?"
Untuk menjawab soalan ni, jom kita tengok makna 'Islam' tu sendiri. Huhu. Mesti adik dah tau. Senang je, kita belajar kat sekolah agama dulu. Sekolag rendah pon ade dalam subjek Pendidikan Islam. Dari segi bahasa, 'sa la ma' itu 'sejahtera'. Dan 'as la ma' pulak 'tunduk patuh'. So gabung dua2, kita define 'Islam' itu sebagai 'cara hidup yang sejahtera atas kepatuhan sepenuhnya kepada Allah sebagai Tuhan, Penguasa dan Ilah'. Ok, boleh terima? Mungkin tak sama word by word dengan definisi ulamak, tapi isinya insyaAllah tidak menyeleweng. Amiin.
So, adakah nabi Muhammad S.A.W. je yang membawa ajaran Islam ni? Bagaimana dengan Isa, Musa, Ibrahim, Nuh? Bukan ke semuanya membawa manusia kepada ajaran yang sama? Mungkin namanya bukan 'Islam', tapi semuaaaaaanya membawa kepada suatu cara hidup yang aman sejahtera, dalam keabdian kepada Tuhan yang Esa! Allah sendiri yang kata dalam an-Nisa', 4:163, bahawa Dia turunkan kepada nabi Muhammad apa yang telah diturunkan kepada nabi2 sebelumnya. Ajaran yang sama!
Even Allah sebut dalam Ali Imran, 3:67 yang Ibrahim itu bukan Yahudi atau Nasrani, tapi baginda adalah 'hanifan musliman', 'muslim yang sebenar, tulus mulus'! Subhanallah.
Kalau tengok pesanan nabi Ibrahim dan Ya'qub (a.k.a Israel) dalam al-Baqarah ayat 132 dan 133 pon, memang kedua-duanya berwasiat kepada si anak sebelum wafat, supaya tidak mati melainkan dalam keadaan muslim, iaitulah dengan menyembah 'ilahan wahidan', 'Tuhan Yang Satu'!
Jadi siapa yang mula-mulaaaaaaaaaaa sekali mengabdikan dirinya kepada Tuhan Yang Satu tu? "Malaikat!" "Azazil!" "Jibril!" Sabar je la. abang tanya 'siapa', means MANUSIA! Ya, tak lain dan tak bukan, nabi Adam alaihissalam. Manusia pertama yang Allah ciptakan. Manusia pertama yang menjejak kaki ke bumi. Dan manusia pertama yang selayaknya digelar ISLAM. So kukuh tak sejarah kewujudan islam tu sendiri? Boleh lawan Melayu, Malaysia, mahupun Terengganu? Hehe.
Dan gelaran 'muslim' juga valid untuk kita sepanjang hayat, tak kira la sebagai anak, pelajar, pekerja dan sumpamanya, selagi kita semua tunduk patuh, menghambakan diri kepada Allah, mengikuti cara hidup yang sejahtera ini. "Islam is the way of life" Yeah!
'Islam' vs. 'islam'
Kita ni 'Islam' atau 'islam'?
Ape bende pulak ni? Islam? islam? Tak ke sama? Beza 'i kecik' dengan 'i besar' je. Memang bezanya pada 'kecik-besar' pangkal perkataan tu, tapi...
Abang bagi analogi dulu. Huhu.
"Hai, saya Lari"
"Saya lari lintang pukang sebab anjing tu kejar!"
Apa yang sama dalam dua ayat ni? Yes, dua2 ada perkataan 'lari', bezanya cuma pada 'L besar' dan L kecik' kan? Apa maksud 'L besar' 'L kecik' tu? Mesti adik tau. 'L besar' untuk kata nama dan 'L kecik' untuk kata kerja. Senang je.
Samalah dengan ISLAM! 'Islam' untuk kata nama, dan 'islam' untuk kata kerja. Maksudnya? Tengok video ni...
Takut kan? Nastaghfirullah. Inilah yang dimaksudkan dengan 'Islam' yang hanya pada kata nama. Wallahua'lam, Allah lebih tahu isi hatinya dan sejuh mana pengabdian mereka kepada Allah. Cuma apabila melihat luarannya, kita dapat lihat pertentangannya dengan hukum Islam itu sendiri. "Don't judge a book by its cover, okay!" Huhu. Tapi nabi cakap dalam Hadith ke-6 dalam Matan Arbaein Imam Nawawi:
"...Dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, bailah seluruh jasad itu, dan sekiranya ia rosak, rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati." (Bukahri dan Muslim)
So nak cakap apa? "Innamal a'maalu binniyyaat..." Hadith pertama Matan Arbaein pulak cakap setiap amal itu dengan niat i.e. amal itu lahir dari hati, dalaman kita! Wallahu warasuluhu a'lam.
Kita bukan nak menuduh dan menilai keislaman seseorang, tetapi sebagai pengajaran supaya kita tidak terjebak. Kita doakan diri kita dan mereka sentiasa dipandu Allah kepada jalan-Nya yang lurus sehingga akhir hayat. Amiin. Ok dik? Boleh sambung sikit lagi? Hehe.
So nampak tak, kita ni patut jadi 'Islam' atau 'islam'? 'Islam' sekadar nama, atau 'islam' dengan perbuatan? Sebenarnya salah tulis 'islam' dengan 'i kecik' kan? Sebab tu memang kata nama khas. Tapi cuma nak bagi senang ingat, kita tak nak ISLAM yang hanya pada nama, tapi ISLAM kita pada perbuatan. Boleh terima dik? Tak setuju cakap. Hehe.
Wallahua'lam. Abang berhenti kat sini dulu untuk Bahagian 1 Muqaddimah HENSHIN ni. Yang baik ambil, amal dan sebarkan. Yang salah kena tegur dan betulkan. Moga Allah redha. Amiin.