Sabtu, 31 Disember 2011

Di ambang 2012: Memberi untuk Diri

Adik, tak sempat abang cite kat adik sebab apa abang balik lambat malam tadi. Ingat tak abang call cakap balik lewat sikit? Pastu adik tanye ade accident ke? Huhu. Sebenarnya ade, tapi bukan dengan kete lain atau langgar ape2 bende, tapi 'accident' dengan sorang makcik ni! Ha? Abang langgar dia? Tak, dia 'langgar hati' abang. Cewah! Jiwang! Huhu.

Abang on the way balik daripada hantar kawan abang pegi hospital sebab nak jage ayah dia. Pastu masa nak masuk Jalan Kamaruddin tu, abang nampak sorang makcik tengah heret motor dia melintas simpang empat besar. Kalo siang takpe, ni malam. Kalau cuaca elok ok lagi, ni hujan lebat! Ya Allah, kesian giler ah tengok makcik tu.

Camnila lebatnya hujan semalam. Huhu.

Abang serba salah, nak berenti ke tak. Mane tau boleh tolong pape ke kan? Hmmm. Pikir punya pikir, abang pon masuk Jalan Kamaruddin tu (abang nampak makcik tu pon masuk jalan tu), pintas makcik tu jauuuuh ke depan, pastu berenti kat tepi jalan sebelah rumah kedai. Tengah ragu2 lagi time tu, nak keluar tanye ke tak. Tup tup, makcik tu dah kat tepi kereta, bukan sebab abang berenti, tapi sebab memang dia jalan laju, dan nak pintas dah tempat abang berenti tu! Meremang gak, laju gila makcik ni jalan! Sambil tuntun (skema sikit pekataan ni, tapi pahamkan maknanye? Hehe) motor!

Tak boleh jadi ni, abang keluar! Nekad. Sambil pegang payung, abang macam ala2 kejar makcik tu. "Makcik ok ke? Motor makcik rosak ke?" Haih, dalam hati makcik tu mesti cakap "Ok jah. Taklah, makcik saja2 je nak usung motor ni tengah2 hujan. Menikmati rahmat Allah." Haha. Tapi biasa la orang Islam kan, dengan adab seorang Meayu lagi, bertanya bukan tak tahu, tapi tanda mesra untuk pemula bicara. Cewah! So memahami hakikat itu (abang rasa la), makcik tu cakap, "Ye dik, motor makcik tak boleh hidup. Makcik takut. Sebab tu makcik jalan ni!"

Ya Allah, kesiannya! "Makcik tinggal mana?" " Serada" "Ha? Doh nok jalan(g) he(gh)et muto sapa Se(gh)ada ke ni?" (tu diaaa..dah keluar loghat Teganu celup KL! Huhu. Oh, adik tau tak Serada tu katne? Jalan Kamarddin dan Serada tu jauh gila kot! Lebih kurang dari rumah Seradang kita ke PKNS Bangi kalo jalan tak jem. Rasanyala.) "Taklah, makcik dah call ayah makcik, dia on the way amik makcik ni. Makcik dah bagitau lalu Jalan Kamruddin ni.." (wah, glamour makcik cakap KL. Sebenarnya dia berbahasa Teganu piyor punye! Ni dah ditranslate untuk orang KL macam adik. Haha.) Jap, ayah? Hmm, makcik ni macam agak berusia, tinggal dengan ayah dia? Pastu ayah dia nak datang amik? Hoho, sesuatu di situ. Jeng jeng jeng.

"Takpe makcik, saya tunggu makcik kat sini. Kesian tengok makcik jalan hujan2 ni. Lebat pulak tu." "Takpe ke dik? Tak susahkan adik?" "Ok je, kita tunggu ayah makcik kat bawah kedai tu. Makcik call la ayah makcik cakap kita duduk kat sini." Keheroanku bermula. Cewah. Moga Allah terima.

"Makcik nak tenangkan jiwa..."

Makcik tu jawab bila abang tanye nape datang sini. Hebat. Nak tenangkan jiwa sanggup bawak motor jauh2, sorang2, sampai ke pantai Batu Burok ni! 'MAKCIK' ok, bukan 'pakcik', bukan 'adik', bukan 'abang'! Huhu. Sekali lagi, hebat! MashaAllah.

"Sebenarnya kita tak boleh lari daripada masalah kita kan?" Cuba teka siapa yang cakap ni? Hehe. Mesti adik ingat abang yang cakap kan? Huhu (perasan di situ). Sebenarnya makcik tu. Tiba2 je lepas lama jugak la masing2 senyaaaaap je. Tak tau nak cakap apa. Abang duk pikir nape la makcik tu sanggup datang sorang2 jauh2 camni, makcik tu pulak macam ala2 penat gitu, maklumla baru lepas heret motor tengah hujan lebat tu.

"Kalau kita lari, balik nanti ada lagi masalah tu. Tak selesai. kan dik?" Tambah makcik tu. Ok, abang rasa macam boleh agak sebab apa dia pegi pantai malam2, sorang2, jauh2 camni.

"Betul makcik. Manusia ni diuji dengan masalah. Kita yang muslim ni, Allah uji untuk tengok iman kita. Kita boleh sabar ke tak. Ke kita akan marah, kita sedih, atau nak lariiiii je? Tak gitu makcik?" (tu diaaaa..Imam Muda bersuara. Uhuk uhuk.)

"Alhamdulillah saya dulu sempat belajar kat luar negara. Saya tengok kawan2 ompueth saya, ada masalah je mabuk. tapi bila dah tak mabuk semula, masalah ada lagi! Nak lari kat mana? Samalah muslim pon, bukannya takde yang buat bende pelik2 untuk lari daripada masalah kan? Minum arak macam omputeh pon ade. Haih.." Panjang mengeluh. Banyak lagi keje kita sebagai Khalifah ni dik!

"Betul tu dik.. Isk isk" Alamak, nape makcik ni nangis pulak! Menggelabah jugak abang bila tengok makcik tu tiba2 menangis. Of coz bukan sebab abang cakap tadi, sebab dia kata 'betul tu dik' kan, tapi abang rasa mesti dia terbayang diri dia yang tengah ada masalah, dan dia lari.

"Sabarlah makcik. Apa2 pun masalah kita, ingat Allah tengah uji kita, hamba Dia. Nak tengok kita sabar tak, redha tak, beriman tak? Kadang2 kita rasa nak salahkan orang lain sebab masalah kita. Tapi kita kene tengok diri kita dulu. apa kaitan masalah tu dengan kita. Kenapa orang marah kita. Apa salah kita!"

"Kita nak ubah, kita kena ubah benda yang dalam kawalan kita dulu. Kalau di luar kawalan kita, macamana nak ubah? Sebab tak boleh ubah, last2 kita yang frust, pastu lari! So apa yang kita boleh ubah? Diri kita. Pendapat orang, perasaan orang, sikap orang lain di luar kawalan kita!" Teringat abang surah ar-Ra'du ayat 11: tiada perubahan jika tidak bermula dengan diri.

"Betul la dik. Betul kata adik. Makcik rasa makcik ni kotor kat dalam ni" sambil tepuk2 dada dia. "Kita tak boleh berdendam dengan orang kan dik?" Rasanya sebab dia nampak abang pakai kopiah time tu. Kol 11 malam lebih dah ni, takkan baru balik isya' kot? Hehe. Wallahua'lam. Sikit2, personaliti da'ei perlu untuk mudah orang tuju.

"Saya bukanlah baik sangat pon makcik. Saya cakap ni pon untuk diri sendiri. Memang dalaman kita penting. Dendam tu rosakkan dalaman kita. Dendam buat jiwa kita tak tenang. Nampak je orang yang kita dendam, kita rasa lain. Padahal orang tu rileks je tak rasa apa2." Abang teringat kata2 Ust Pahrol dalam buku Nota Hati Seorang Lelaki, "jangan biarkan dia menjejaskan hidup puan dua kali atau berkali-kali...", sebahagian dialog ustaz dengan seorang isteri yang diajar menjadi Siti Hajar, supaya tak berdendam dan menyimpan rasa, akibat perbuatan orang yang diluar kuasa kita. (ingat tak cerita Siti Hajar? Baru bersalin, dibawa ke tengah2 padang pasir, pastu ditinggalkan sehelai sepinggang oleh nabi Ibrahim. Ade ke isteri semulia Siti Hajar hari ni? Yakin perbuatan suami atas kehendak Ilahi! Tapi, si suami itu nabi, bagaimana suami hari ni?)

Ya, kali pertama orang tu 'jejaskan hidup kita' dengan masalah yang timbul, tapi bila kita dendam dengan dia, everytime jumpa dia, 'hidup kita terjejas', berkali-kali. Nak ke jadi camtu?

"Kita kena jadi macam pokok buah, makcik. Macamana? Orang baling batu dan kayu, kita baling buah!" Abang nampak makcik tu ikut satu2 apa yang abang cakap. Sambil senyum. Terharu jugak. Harapnya dia dapat sesuatu. Tapi abang rasa dia respond camtu ada sebab lain. Sebab 'dia tengah tunggu ayah dia', sebab 'dia lari sorang2, jauh2, malam2 ke tepi pantai untuk tenangkan jiwa' dan sebab...

"Makcik tak keje esok?" "Eh esok mana keje! Esok kan tahun baru!" "Tapi Teganu mana cuti tahun baru, makcik! Sebab tu saya tanya makcik keje ke tak esok? Makcik keje ape?" "Haah la, teganu tak cuti! Makcik tak keje dah. Dulu cikgu, pastu makcik tak jadi dah. Ermmm, makcik merajuk. Ermmm, makcik tak jadi dah...Ermmm.." gagap2 dia jawab bila abang tanya. Abang rasa abang tahu kenapa.

Something wrong somewhere...


Allah menguji hamba-Nya sesuai dengan kemampuannya. (al-Baqarah: 286)

Biarlah dengan siapa pon abang bersembang malam tadi, makcik atau pakcik, adik atau kakak, 'sihat' atau 'kurang sihat', yang penting abang cuba memberi dan berkongsi, untuk manfaat diri yang kurang sana-sini. Cewah! InsyaAllah jika tak beri manfaat kepada dia, abang yang lebih terkesan. Kata2 perlu dilaksana, takut Allah murka sebab manis bicara, amal tiada! Allahu Musta'an.

Habis cerita. Huhu. Oh, ayah makcik tu betol2 datang! Abang memang percaya pon dari awal, sebab tu abang sanggup dan berani tunggu. Hebat betul ayah dia, sampai2 bawak tools untuk repair motor tu. Abang suro tinggal je, sebab kalau motor tu elok pon, takkan nak suro makcik tu bawak jugak hujan2 ni! Nak bawak kereta tak pandai rasanya. Tapi pakcik tu risau tinggalkan kat rumah orang, takot orang marah. Baik kan? (Tapi pagi tadi abang lalu tempat semalam, ada lagi motor tu. Memang tak boleh hidup la tu.)

Pastu abang minta diri dulu. Dan paling best, abang dapat habiskan bungkusan ketujuh ubi dr kebun ayah. Semalam abang pegi hantar ubi kat rumah kawan2 jugak; bungkusan pertama kat sorang ustaz, pastu Kaya, Nubhan, Naim, dan Hafiz dua bungkus. Tapi tinggal satu yang taktau nak bagi kat sape dah. Alhamdulillah, Allah tunai hajat abang nak bagi kat sesapa yang abang jumpa malam tu.

"Makcik nak ubi kayu tak? Dari kebun ayah saya." " Waaaah. Sedapnya! Dah lama makcik tak makan ubi ni dik!" "Ok, ni untuk makcik, ambillah. Boleh rebus, buat puli, pengat, sira. Nyum nyum." Hehe. Alhamdulillah, Allah mudahkan. Memang rezeki makcik tu.

Lastly, abang ada soalan, cuba teka cemana abang panggil ayah kepada makcik tu? Jeng jeng jeng. PAK CIK. Haha. (tak faham? Something wrong somewhere. Huhu).

Selasa, 27 Disember 2011

Aku dan Kamu

Pernah suatu ketika
Aku sendiri
Memikirkan siapa aku.

Pernah banyak ketika
Aku meminta
Diberitahu siapa aku.

Sering aku terlupa
Waktu dan ketika
Siapakah aku.

Lalu aku kembali
Saat dalam sujudku
Aku menemukan
Siapa aku.

Allah itu Tuhanku
Muhammad itu pesuruhNya
Aku ini hambaNya
Aku ialah umat baginda.

Inilah Aku,
Dan inilah Kamu.


Suke dengo lagu ni..dekat dihati =)

Psssttt, Abang :
~ Mood sekarang ialah perlukan kekuatan..banyak benda yang bermain di fikiran. Kadang-kadang agak mengganggu, tapi, nak tunjuk dan beritahu tak tahu..(Erk, sedikit skema ayat ni)

~ Tulisan ni sedikit sebanyak membantu..mudah-mudahan begituula hendaknya..

~ Sedang berdebar-debar nak tunggu result exam..dan nak masuk sem baru yang peuh dengan.....macam-macam penantian.

~Ni nak kongsi satu statement (cewah..cam ayat Lisa..iklan Garnier..(sempat lagii))
"Semua orang hadapi ujian, cuma ujian tu dalam bentuk yang berbeza-beza.."



Isnin, 26 Disember 2011

Matahari, apabila ditadaburi...

Alhamdulillah, akhirnya habis gak baca buku gabungan cerpen Hilal Asyraf terbaru; Matahari. MasyaAllah, best giler dik! Adik wajib baca.. Ada yang sedih, yang mencuit hati (waaa!), yang geram dan lain2. Pendek kata best lah! Nanti abang bagi adik baca eh?

Ni abang copy paste balik puisi yang Hilal tulis utk intro setiap bab/cerpen dalam buku ni. Abang suka, sebab tu abang rasa nak share dengan adik! Hehe. Enjoy! (Abang bagi komentar peribadi sikit kat setiap puisi ni..tak faham cakap eh? Kita tadabur sama2)

Apa di sebalik Sang Matahari?

Matahari,
penyedar kepada masa,
penentu kepada arah,
sungguh manusia memerlukannya,
baik di langit mahupun di bumi.


Matahari di langit tinggi sudah kita ketahui,
maka siapa yang bergerak menjadi matahari di bumi,
menyedarkan sekalian manusia?

Inilah da'ei! Saiapa da'ei tu? KITA la! Kita bergerak menjadi 'matahari' di bumi, menyedarkan orang lain tentang hakikat hidup dan menjadi rujukan pencari kebenaran. Bukan sebab kita sempurna, tetapi sebab Allah dah bagi 'sinar'-Nya untuk kita kongsikan bersama!  

*****

Berbanding membakar dengan kepanasan,
matahari memilih memberi petunjuk dengan cahayanya.


Sungguh manusia perlu memahami manusia,
dan menyentuh jiwa-jiwa,
bukan menghilangkan harapan pada Rabbnya.


Matahari menjadi petunjuk buat pengembara.


Manusia memerlukan contoh menuju Tuhannya.


Siapakah yang benar-benar memahami,
apakah tanggungjawabnya sebagai hamba?

Sekali lagi, da'eilah yang paling faham! Sebab dia nak memahamkan orang lain pulak. Bukan dengan mengguris rasa mencalar hati, tapi lembut bicara menyentuh hati. Da'ei jugak qudwah kepada mad'unya, sebab tingkah laku dan tutur wajib selari dan teratur.

*****


Sungguh bulan hanya sang kelabu berdebu,
bertompok hodoh tanpa sinar menyenangkan.


Namu ia memilih memantulkan cahaya matahari,
manjadikannya indah tanpa tandingan di malam hari.


Menyenangkan jiwa.


Melapangkan hati mereka.

Hakikat kita ini ciptaan yang hina daripada tanah, mesti tak boleh lupa! Tapi Allah dah offer satu pekerjaan mulia untuk tinggikan darjat kita! Jika kita pilih untuk buat, layaklah sujud malaikat kepada manusia. Tapi jika kita lalai dan angkuh, bertambah hinalah kita, selari dengan dengan 'hina'nya asal penciptaan kita. Apa kerja tu? Amar ma'ruf, nahi munkar! Dakwah ilallah!

*****

Sahabat ibarat matahari.


Kehangatannya menyenangkan jiwa.


Kehilangannya ibarat bumi kehilangan matahari.


Sungguh tiada siapa berharapan demikian.


Bahkan lebih gembira dirinya hilang,
berbanding cahayanya gelap meninggalkan.

Huhu. Sebelum kita mencari sahabat yang persis matahari tu, kita ni dah jadi matahari kepada orang lain tak? Kita sanggup berkorban untuk orang lain tak? Muhasabah diri islah jiwa, kalau nak dapat sahabat setia!

*****

Tidakkah kau melihat matahari,
sinarnya tiada henti,
hatta di kala malam, bulan mewakili.


Begitulah sahabat yang baik,
sentiasa menyuluh cahaya kesedaran,
walau berjauhan,
tetap berusaha untuk mencapainya.

Sahabat lagi. Huhu. Bukan jasad tubuh yang menjadi ukur, tapi ukhwah fillah yang tidak lebur. Susah senang dia bersama kita, secara langsung atau berselindung. Bestnye ukhwah kerana-Nya, sekurang-kurangnya sujud kita pada kiblat yang sama!

 *****


Tidakkah kau melihat matahari?


Besarnya, panasnya, kuatnya.


Sungguh apakah yang dapat memadamkannya?


Dan tidakkah kamu pernah bertanya,
bagaimana pula Penciptanya?

Allahu Akbar! Kadang-kadang kita lupa, yang mencipta sesuatu yang hebat, mestilah dia lebih hebat! Manusia yang mencipta robot tercanggih pastinya diiktiraf kegeniusannya! So bukan sahaja matahari, melihat sekecil-kecil virus yang hebat menyerang manusia pon patutnya mengingatkan kita akan hebatnya Penciptanya yang Maha Buat Apa-apa!

*****


Cinta seperti matahari,
perlu dalam kehidupan,
tetapi harus sabar menahan teriknya.


Perjalanan cinta penuh cabaran,
bukan semua ada keindahan,
realiti tidak sama dengan cerita.


Kamu tidak pernah tahu,
apa untuk Kamu yang Allah telah susun.


Namun bagi yang arif dasar cintanya,
tidak akan keguguran.


Namun siapakah yang memerhati?

Pencinta Utama yang memerhati. Cinta tu fitrah, perlu untuk kehidupan. Tapi Cinta Utama perlu selalu datang dulu, barulah cinta pertama, kedua, ketiga. Cinta Utama hanya untuk Dia, yang memberikan kekuatan dan kesabaran dalam bercinta pada jalan-Nya.

*****


Bukanlah Allah menciptakan jarak antara bumi dan matahari itu,
sekadar untuk main-main sahaja.


Sungguh tidak Dia ciptakan batas hubungan lelaki-perempuan itu,
sekadar sia-sia tanpa makna.


Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui,
dan kita tidak mengetahui apa-apa.


Maka apakah sepatutnya si jahil lakukan?


Bukankah mengikuti empunya ilmu berkenaan apa yang tidak diketahui?

Isu panas. Hubungan lelaki-perempuan. Kadang2 terpengaruh dan terbawa-bawa soal hati dan perasaan. Padahal semua tu mainan nafsu dan syaitan. Lelaki dan perempuan, dua2 kene tunduk pandangan, jaga batasan perhubungan, takuti Allah yang dah kata JANGAN!!!

*****

Kau menyah gelita.


Penenang dalam jiwa.


Ibarat matahari untuk dunia.


Dikau tiada ganti.


Aku ingin menjemputmu,
biar ada di sisi.


Namun, apakah benar kau untukku?


Itu tidak kutahu.


Inilah harapan suci seorang bakal suami; untuk memiliki isteri yang tiada ganti. Tapi takdir Allah sokmo mendahului, kalau tak dapat yang diingini, kene bersyukur dengan apa yang didapati. InsyaAllah.

*****


Kau mentari hati,
menyinar terang gelap hidupku.


Kau sinar penyaman kalbu,
lapang senang datang menyerbu.


Kau mentari hati,
di dalam jiwa hanya satu.


Kau sumber tenaga,
memancar kekuatan dalam langkah.


Maka teruslah dikau menyinarkan cahaya.


Ibarat Masyitah zaman Musa,
yang teguh terjun dalam didihan syurga.

Peranan seorang isteri itu tiada tolok bandingnya. Memberi sinar, semangat dan kekuatan untuk si suami. Sanggup berkoban setulus hati, demi cintakan suami kerana Ilahi. Tapi bagaimana pula dengan si suami? Adakah menjadi matahari kepada si isteri?

*****

Saat kiamat tiba,
matahari akan hilang cahaya.


Namun siapa tahu hadirnya ia.


Sedang mentari muncul saban pagi,
siapakah yang memahami?


Setiap hari umpama hari terakhir.


Andai bukan kiamat yang hadir,
mungkin nyawa akan berakhir.


Entah hari ini, esok mahupun lusa.


Tiada siapa tahu,
melainkan Dia.


Mati itu pasti. Mati itu kiamat kecil kita. Jadi kene siap sedia sokmo! Waktu berjaga kene sedar diri, takut2 tercelik tidur kiamat menanti. Dah ready?

*****

Pernahkah kau bertanya matahari,
tidakkah dia bosan akan tugasnya?


Seharian memberi cahaya.


Siapakah pernah terfikir,
apakah matahari itu ikhlas pada Penciptanya?

Amal tak ikhlas tak berguna! Siapa matahari untuk meninggi diri, cahaya dipancar pon Allah yang beri. Apatah lagi kita manusia lemah, semua kudrat dan kehebatan pinjaman Allah! Ada pilihan ke untuk tak ikhlas?

*****

Bagaimana andai matahari meninggalkan dunia?


Begitulah dia, apabila ibu bapa tidak bertanggungjawab.


Jika kehidupan mati tanpa cahaya,
begitulah seorang anak tanpa siraman ibu bapa.


Sesungguhnya Allah Maha Adil.


Tiada yang mampu mencapai kesucian-Nya.


Sungguh dia akan menghukum hamba-Nya,
yang tidak menjalankan amanah-Nya.

Ibu bapa besar tanggungjawabnya. Tapi Allah tak bebankan kita dengan yang tak sepatutnya. Dia Maha Adil. Adil dalam beri tanggungjawab, adil jugak dalam menilai pelaksanaannya. Kita semua ada ibu bapa, yang laksana tanggungjawab wajiblah dicontoh, yang mengabaikan pula jangan dicemuh, tapi serahkan kepada Pember tanggungjawab; Allah!

*****


Mereka ditinggalkan,
seperti matahari yang sendirian berjuang tanpa lelah, tanpa jeda,
bergerak memberikan harapan.


Kemenangan itu masih di dalam gapaian.


Ibarat matahari yang tidak jemu muncul saban pagi,
menyatakan Allah masih membukan penerimaan.

Khas buat pejuang Islam serata dunia. Hari ini trend nafsi-nafsi, masing2 nak pentingkan diri. Tapi dengan janji Allah dan rasul-Nya, kita yakin Islam itu pasti menang akhirnya! Sedarlah manusia bergelar muslim, taubat kepada-Nya tidak bermusim, tapi tak bermakna tiada akhirnya, so cepatlah menyumbang untuk agama!

*****

Mereka berjuang,
berjuang dan terus berjuang.


Seperti matahari yang tidak pernah malap,
dalam percaya yang tidak berkesudahan.


Bukanlah mereka menanti bantuan,
melainkan bantuan Si Pemilik bantuan,
tetapi mereka memanggil untuk sama-sama berdiri atas kemuliaan,
dan siapakah yang menyahutnya?


Sungguh orang-orang yang mulia itu,
adalah yang percaya kepada-Nya dan berkorban.

Kejayaan itu hanya milik-Nya. Namun suratan taqdir di hujung usaha. Tak rasa rugi ke duduk saje, orang lain dah lari laju mendaki menara melengkapkan usaha! Bukan mereka tidak sapa, tapi kita yang tutup mata, tak percaya janji-Nya, tak nak berkorban untuk agama!

*****

Sungguh berbeza orang yang percaya,
dengan mereka yang tidak.


Mereka tahu matahari wujud memberikan cahaya,
melalui kajian dan pembacaan.


Namun mereka tidak mampu meneliti matahari,
dan menjumpai-Nya.


Mereka menyangka telah malapkan cahaya-Nya.


Sungguh, Pencipta kepada matahari itu,
semestinya berkali ganda lebih hebat,
daripada matahari itu sendiri.

Tahu je tak cukup. Ad-Din itu ada Iman, Islam dan Ihsan. Ada yang pakar tentang Islam, tapi tiada Iman mendalam. Ada pula yang berIman, tapi tiada amal Islam dan Ihsan. Ada juga yang baik berIhsan, tapi culas amal Islamnya. Namun ad-Din itu jika mulanya Iman, dituruti amal yang Islam dan dihiasi akhlak Ihsan, maka  tahu itu membawa mampu, selepas percaya membawa daya.


*****

Munculnya matahari di hari baru,
tanda Allah masih mencintaimu.


Taubat masih ditawar,
keampunan masih dibuka.


Sungguh pengampunan-Nya lebih luas,
berbanding dunia ciptaan-Nya.


Namu siapakah yang bersungguh,
mencari dan bersimpuh di sisi-Nya?

Pintu taubat itu sentiasa terbuka, tidak berkunci, tidak bermangga. Betapa Pemurahnya Dia, mahukan hamba-Nya mudah masuk ke rumah syurga melalui pintu taubat yang sentiasa terbuka. Tinggal kita, nak ke tak nak, melangkah masuk atau hanya duduk membuntuti pintu itu, kerana tidak mahu berpaling dari dosa dunia yang meresah jiwa!

*****


Matahari itu menanggung kepanasan,
memberikan cahaya kepada manusia.


Walau dicela kerana keterikannya,
dia terus bersinar memberikan tenaga,
kerana dia tahu manusia memerlukannya.


Begitulah seorang penyeru,
menahan penderitaan dan kepayahan,
demi menyalakan cahaya dalam manusia.


Walau dikeji dan dihina,
dan tiada siapa yang lebih mulia daripada mereka.

Akhirnya, kembali semula kepada hakikat dan tanggungjawab kita; Penyeru a.k.a Da'ei! Seorang sahabat itu da'ei kepada sahabatnya. Ibu bapa juga berdakwah dengan melaksanakan amanahnya. Pejuang Islam itu sedang berdakwah mempertahankan agamanya. Dakwah kita membawa kepada-Nya, membawa manusia kepada pintu taubat yang sentiasa tebuka! Biarlah hina dicela, biarlah hati terluka, asalkan di sisi Allah yang Esa, kita mulia kerana menyeru kepada-Nya. 


Psst..kita nak jadi matahari tak dik?


Matahari
Hilal Asyraf
Galeri Ilmu 2011
langitilahi.com

Ahad, 18 Disember 2011

Hijrah yang 'mendasar': Teladan Ansar

Ops. Macam dah basi je tajuk pasal hijrah ni kan?hehe.. Sori la dik, agak sibuk semenjak dua ni. (tengokla Januari nanti, dah free, tp update x?hehe..) Tapi takpe la ye, layaaaaaaaan je la!

Ok, kita sambung sikit lagi dik. InsyaAllah ni part akhir cite abang pasal pengalaman bagi 'ceramah' (ceramah la sangat. Huhu) sempena Maal Hijrah 1433 H baru2 ni.

Teladan Ansar
Lepas kupas panjang lebar pasal 'hijrah yang mendasar' yang dilakukan oleh golongan muhajirin, abang stat cite pasal golongan ansar pulak, yang disebutkan oleh Allah dalam ayat setesnya (al-Hasyr ayat 9).

A009 
Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.
Abang cakap sebelum ni yang ade cite menarik pasal golongan ansar ni, yang berkaitan dengan 'hijrah mendasar' yang diorang buat. Iaitulah hijrah UKHUWWAH! (biase jer eh? Tak menarik pon? Huhu. Abang bagitau the reason ok.) Adik pon tahu kan, golongan Ansar ni terdiri daripada suku kaum arab Aus dan Khazraj, yang sokmo bergaduh, tak pernah berdamai. Hatta perkara kecik pon diorang sanggup berbunuhan, bukan atas kebenaran pon, tapi sebab kaum. Biarlah ahli daripada satu kaum tu salah pon, tapi kaum dia tu mesti akan pertahankan sehabis-habisnya!

Ni ade tangan orang Ansar, ade tangan orang Muhajirin. Kan teguh nampak tu..


Sebenarnya diorang suka tak keadaan camtu? TAK! Sebab memang fitrah manusia ni, sejahil mana pon, se'kampong' mana pon, mesti sukakan kebaikan, kedamaian, keharmonian. Diorang pon camtu gak la. Cumanya disebabkan tiada titik persamaan yang dijumpai, dan masing2 pertahankan ego yang menggunung, so persengketaan anatar dua kaum ni berlanjutan.

Diorang sebenarnya dah dengar pasal kemunculan sorang nabi akhir zaman yang akan memberi rahmat kepada seluruh alam. Diorang dengar benda2 camni daripada Yahudi (a.k.a. Bani Israel) di Madinah yang digelar ahli kitab pada ketika itu. Golongan Yahudi memang dah sebut2 pasal kemunculan nabi terakhir ni, sebab memang dah dicerita dalam kitab diorang (taurat dan injil, walaupun yang telah dipesongkan). Cuma diorang ingat nabi tu akan lahir dari kalangan bangsa Yahudi sendiri, sebab rasa diorang ni 'special gila'. Kan baaaaaaaaanyak sangat nabi yang Allah turunkan kat diorang. Sebab tu la perasan lebey! Padahal Allah buat camtu sebab diorang ni bangsa degil, so kene selalu ada nabi untuk ingatkan sokmo.

Ok, berbalik kepada kaum Aus dan Khazraj tadi. Bila diorang dengar khabar pasal nabi terakhir tu, diorang pon berharap la orang yang disebut-sebut tu akan dapat tolong jadi pendamai antara dua kaum tu satu hari nanti. Cuma bila?

MasyaAllah, Allah tu memang Maha Pemakbul doa hamba-hamba Dia! Doa dan harapan nabi S.A.W. bersama para sahabat di Mekah yang diseksa dengan sangat teruk di sana supaya Allah bantu diorang, akhirnya termakbul! Begitu juga doa kaum arab di Yathrib pada ketika itu! Dengan takdir Allah, mereka dipertemukan buat pertama kali pada musim haji tahun 9 kenabian di Aqabah. So termetrai lah perjanjian Aqabah 1, dan nabi S.A.W. pastu kirim Musab bin Umair bersama rombongan haji mase tu balik ke Yathrib. Tugas Musab besar; mengetuk setiap pintu penduduk Yathrib dan sampaikan Islam! MasyaAllah. Ade mase nanti kita cite pasal Musab ni ye. Hebat orangnya!

Pendek cite, setahun kemudian, rombongan seramai 70 lelaki dan 2 perempuan (Asma' dan Nusaibah kalo tak silap) datang semula pada musim haji untuk bertemu nabi S.A.W. dan berbaiah, namanya perjanjian Aqabah 2. Kesimpulan daripada baiah kedua ni, nabi S.A.W. dan umat Islam di Mekah telah dapat jaminan keselamatan dan perlindungan daripada penduduk Yathrib sendiri. So tibalah masanya muslim Mekah berhijrah keluar dari tanah air diorang, yang telah bertukar menjadi penjara dan tempat siksaan yang dahsyat! Nampak tak dik, semua ni rezeki daripada Allah setelah umat Islam betol2 bersedia untuk mendapat sebuah negara Islam. Setelah batu2 asas sebuah negara Islam tu benar2 tersusun kukuh! Subhanallah.

Maka berhijrahlah nabi S.A.W. dan sahabat baginda dari Mekah ke Yathrib yang kemudiannya dinamakan Madinah. So mana 'hijrah mendasar' yang dilakukan oleh golongan Ansar yang abang cakap awal2 tadi? Haaa, lepas hijrah Mekah ke Madinah ni la kita betol2 boleh nampak hijrah mendasar oleh Ansar! Recap sikit, kan orang arab Madinah dulunya bermusuh antara dua kabilah utama kat sana; Aus dan Khazraj. Tapi bila golongan Muhajirin sampai je Madinah, cube teka apa yang orang Ansar i.e. arab Madinah buat? Ha, dah nampak dik?

Yes, diorang sanggup bagi semuaaaaaaaaaa yang diorang ada kat Muhajirin! SEMUA! Hatta isteri mereka sendiri. So tak yah cakap la setakat duit, tanah, baju dan bende2 remeh yang lain. MasyaAllah. Nampak tak hijrah yang diorang buat? 'Mendasar' kan? Apa sebenarnya yang berlaku? Diorang sebenarnya dah faham bahawa hubungan seaqidah mengatasi segala-galanya, hatta keluarga sekali pon! So diorang 'hijrah' daripada berpegang kepada 'ukhuwwah perkauman' kepada 'ukhuwwah aqidah'. Apa hasilnya? Daripada bermusuh sesama diorang, walaupun satu 'negara' (Yathrib), satu 'bangsa' (arab), diorang sanggup menggadaikan segala-galanya untuk orang yang baru diorang jumpa (Muhajirin), yang boleh dikatakan 'menyusahkan' diorang sangat2 sebenarnya! Yelah, datang sehelai sepinggang tak bawak apa2, bukan ke menyusahkan kalo ditengok dengan neraca dunia? Subhanallah!

'Bala' pendatang dianggap nikmat, 'mewah' diri dirasa musibah


Cuba tengok kita dik. Contoh mudah la, kita tengok keadaan di Malaysia secara umum. Cemana pandangan kita kepada pendatang2 asing dari negara2 jiran kita; Indonesia ke, Bangladesh ke, yang datang Malaysia untuk cari rezeki menyara anak bini kat negara asal masing2? Tipu la kalo kata kita ni hormat kat diorang kan. Nampak je sekumpulan orang melintas jalan, selamba je kita cakap "Bangla la tu!". Nampak je orang naik basikal segerombolan, sedap je mulut ni mengata "Cuba tengok Indon tu....". Dengan gelarkan diorang "Bangla" dan "Indon" tu pon sebenarnya menggambarkan bagaimana pandangan kita kat diorang kan dik? Sama la macam abang kat UK dulu, bila nak mengata pasal orang Pakistan kat sana, saje sebut "Kipas" la, "Paki" la. Rasa2nya la, diorang ni suka tak kalo dipanggil camtu? Kita suka tak kalo jadi diorang? Orang panggil kita, walaupun selembut "eh, awak ni Indon ek?", apa kita rasa berbanding orang yang tanya "eh, awak ni dari Indonesia ye?".

Hakikatnya, mereka yang menjadi pendatang di negara kita ni adalah muslim. Again, MUSLIM! Indonesia tu lagi la, negara yang ada paling ramai muslim di dunia ni! Bangladesh pon apa kurangnya, bilangan muslim kat sana jauh lagi ramai dari kita di kat Malaysia ni! Diorang 90% Muslim, kita ni 60% pon tak sampai, tu pon kalo kira Melayu la, tapi sekarang ni pon, berapa ramai Melayu yang bukan muslim, betol tak? Nastaghfirullah. Apa yang kita dah buat ni? Sesama muslim pon kita saling membenci, mengutuk, mengata! Ni baru abang cakap pasal orang luar, cuba tengok sesama penduduk asal muslim di Malaysia sendiri. Hmmm, nak kata macam Muhajirin dan Ansar? Uweek. Jauh panggang dari api!

Ok, mungkin adik rasa contoh abang bagi pasal orang Indonesia dan Bangladesh ni macam 'jauuh' sikit. Tujuan abang sebenarnya nak kata, kalau orang Ansar dan Muhajirin yang asalnya berlainan serba-serbi pon boleh 'kamceng' macam best fren or adik beradik, apatah lagi kita sesama adik-beradik kandung, dengan saudara-mara dekat jauh, dengan kawan2 sekelas, sekuliah, semaktab, seuni dan se-se yang lain! Dah ade baaaaaaaaaanyak sangat persamaan antara kita, tapi still bergaduh, masam muka, tak bertegur, berdendam dan lain2. So tak heran la kalo kita dengan pendatang dari negara luar macam Indonesia dan Bangladesh lagi teruk layanan kita kat diorang! Logik kan?

Yeah!


Hmm.. Abang rasa dah banyak abang membebel ni. Nak cite pasal pengalaman abang bagi ceramah sempena Maal Hijrah je, tapi jadi berjela sampai TIGA siri!hehe.. Layan je la dik ye. Hehe. Oh, berbalik kepada sesi ceramah tu, mase abang tengah syok membebel kat depan tu, tiba2 sampai surat notis drp penganjur. Ha, cube teka pasal apa? Jeng jeng jeng. SALAH! Bukan suro berenti, abang pon ingat suro berenti, dua kali pulak tu dia bagi, tapi dua2 suro abang buat kuiz drp pengisian yang abang bagi malam tu. Hehe. Bukan sebab menarik sangat ke ape, tapi sebab diorang memang dah prepare hadiah tu awal2, utk tarik minat orang yang datang malam tu kot. Huhu. So ape lagi, abang pon reka la 10 soalan utk muslimin dan muslimat yang dtg dengar ceramah abang malam tu. Best jugak! Teringat handle kuiz dalam kelas masa jadi pengawasa sekolah rendah dulu, masa cikgu takde dalam kelas! Haha.

Nak tau tak apa paling best? Hehe. Abang dapat hadiah sejadah laaaaaaaaaaawa sangat! Tak sangka pulak sampai camtu sekali diorang organise majlis ni. Tapi bila fikir2 balik, memang asalnya diorang nak ajak orang 'besar'; Imam Masjid Ladang tuuuu! Huhu. Last2 Imam Muda musim ketiga pulak datang! (Haha. Matila perasan. Huhu.).

Tapi apa2pun, abang tak harapkan pon apa2 drp diorang, yang abang doa dan harap is diorang dapat ambil sebanyak mungkin input utk difahami dan diterjemah dalam amal masing2. Abang la especially! Tak nak la tau cakap je, tapi buat tak pandai. So abang dah bagitau adik pasal apa yang abang cakap, pasni adik kene tegur la abang kalo nampak abang buat selain drp yg dibebelkan di atas. Hehe. Sama2 kita buat apa yang kita tahu dan faham ye dik.

Wallahua'lam.

P/s: Jaga diri baik2 kat rumah Angah tu. Jaga Esya dan Angah elok2 jugak ye. Makan popiah Alamanda ingat2 la kat kitorang sini. Huhu.


Rabu, 7 Disember 2011

Dosa silamku

Assalamu’alaikum..

Abang…(wink2).. rasa cam tak percaya je nak post something kat blog ni as an author..ngeh3.. Entry pertama daripada adik ni sekadar pengenalan lah orang kata. Tak kenal manekan pula nak datangnya chinta..erk?? Tu orang kata..

So, untuk entry pertama daripada adik ni, adik nak share something yang memang selalu bermain dalam fikiran dan sebenarnya lebih kurang sudah terungkai semalam..selepas mendengar radio IKIM..(walo jarang dengan, p skali denga bulehla masuk telinga dan menusuk kalbu).

Sedikit ulasan daripada apa yang adik dengar, sembang-sembang bersama Prof Dr. Muhaya, seorang pemanggil tu bertanya, “Adakah apa yang saya lalui dan rasai kini disebabkan dosa silam saya?” Lebih kurangla soalan dia. Tau tak apa dosa silam yang dia cakapkan? (xtau en..meh nak oyak wi..hehe)

Dia dulu berchinta dengan sorang lelaki sehingga dia terlanjur. Tapi dia bernasib baik terselamat daripada situasi “CHINTA TERHALANG OLEH ORANG TUA…” (ha ni lirik lagi yang adik tak tau tajuknya), sebab mereka akhirnya bernikah dan sekarang ada 3 orang anak. Alhamdulillah (rezeki Allah). Sebenarnya itu bukan masalahnya, masalahnya dia tu sekarang, dia dah rasa jemu dan tak bahagia lagi dengan lelaki yang dia kahwini dulu atas dasar chinta yang teramat sangat tu. Jadi dia tanya ngan prof, adakah apa yang dia rasakan sekarang tu adalah disebabkan dosa silam dia dan adakah ini balasan Allah kepada dia? Hmmmmm..adik berfikir panjang sebenarnya dengar dialog ni..


“Allah sedang mengajar kita hikmah di balik sesuatu perkara.” My FB status..hehe =)

Jadi, prof pun jawab dengan jawapan yang begitu positif, sebenarnya untuk memulihkan hubungan kekeluargaan pemanggil tu dengan suami dan anak-anaknya. Tambahan pemanggil tu sedang mengandung..huhu.. jawapan yang diberi tak sama la dengan yang adik boldkan kat atas tu, tapi lebih kurangla. Kita tak akan dapat meneruskan hidup sekiranya sering terkenang dosa-dosa silam, tapi kita akan berjaya sekiranya kita mampu memperbaiki dosa silam tu dan menjadi lebih baik. (yang belakang tu adik sambung sebab tak ingat..hoho)

Apa yang nak disebut dan disampaikan ialah, kita kena teruskan hidup kita..sememangnya kita akan sentiasa teringat dosa lmpau dan pengalaman silam, tapi kita juga perlu ingat, Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Setiap anak Adam melakukan kesilapan, sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu ialah orang yang sentiasa bertaubat kepada Allah.” (Hadis riwayat Darimi)

Dan sikit kata-kata hikmat ke nasihat ke gtula, ade menyebut hal yang adik rasa berkait, iaitu:

"Masa depan yang cerah berdasarkan kepada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik sehingga kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati."

Jadi, sama-samalah kita belajar daripada kesilapan orang lain, dan perbaikinya pada diri kita sebab kita adalah pemula bagi diri kita sendiri..InsyaAllah..sesamele kite ye..

That’s it. Tula mesej yang adik dapat daripada apa yang adik dengar. Ok, jumpa lagi InsyaAllah len kali..mungkin dalam suasana yang berbeza..Adios, hermanos =)


Isnin, 5 Disember 2011

Hijrah yang 'mendasar': Teladan Muhajirin

Logo Maal Hijrah setiap tahun di Malaysia. Cuba teka kenapa ada sarang labah-labah kat tengah-tengah tu? Hehe.

Ok dik, kita sambung cite abang sebelum ni pasal 'ceramah' yang abang keen bagi sempena Maal Hijrah 1433H baru-baru ni. Jap, cakap pasal Maal Hijrah, adik tau tak kenapa diletakkan perkataan 'ma'al' sebelum 'hijrah' tu? Kat Malaysia je kita sebut 'Maal Hijrah', sebab kita sambut dan siap jadi cuti umum lagi! 'Ma'a' adalah kata arab yang bermaksud 'bersama'. So 'ma'al hijrah' tu maknanya 'Bersama Hijrah', atau ada yang interprete sebagai 'Bersama Menghayati Hijrah' (memandai je tambah. Hehe.). Kalau tengok logo TV al-Hijrah pulak sekarang ni sempena awal tahun baru 1433 Hijriyyah, dia tukar sikit jadi "Hijrah Bersama...TV al-Hijrah". Kreatif jugak. Hehe.

Kreatif gak la Khat dia. "Hijrah Ma'a TV al-Hijrah"!

Ok, kembali ke cite asal. Hehe. Ingat lagi kan abang cite yang abang cuak gila mula-mula nak bagi ceramah tu, pastu abang baca al-Quran surah al-Hasyr satu setengah muka? Baaaaaaaanyak tu! Selalunya kalau intro majlis ke apa, orang baca setengah atau paling banyak pon semuka kan? Pastu orang lain yang baca, bukannya penceramah kan? Hehe. Ni abang yang jadi penceramah yang baca sendiri al-Quran tu, pastu panjang pulak! Matilaaa. But anyways, the recitation did calm me down, kill the butterfly inside my stomach, give me ideas on what to share, and most importantly nicely open the sharing session. Alhamdulillah!

Sebenarnya abang berhenti baca waktu tu pon sebab abang tengok jam dah nak masuk isya'! Haha. Bajet nak habiskan cepat2, tiba2 over plak, tak start apa pon lagi padahal isya' dah nak masuk. Abang pon mula la berkongsi pasal Hijrah...

Kalendar Hijriyyah
Mesti adik tau kalendar Hijriyyah jugak dipanggil kalendar 'Qamariyyah' sebab berpandukan peredaran bulan. Kalendar Masihiy pulak kita panggil kalendar 'Shamsiyyah' sebab ikut peredaran matahari. So apa yang kita dapat dengan mengetahui bende ni? Abang nak share DUA benda.

PERTAMA:
Haaa. Tau tak sebenarnya umur adik sekarang ni dah 24 tahun kalau ikut kalendar Hijriyyah, which is sebaya dengan abang kalau ikut kalendar Masihiy! Haha. Tua. Tapi takpe, abang lagi tua la kalau camtu! So apa kita dapat? Angka umur lebih tinggi, tempoh usia makin pendek! Elok kita renungkan, apakah umur yang lepas sudah terisi dengan baik? Ke tengok TV jerr, main facebook jerr (ok, ni pon kene batang hidung abang. So kene buat something ni! Yosh!). Nastaghfirullah. Cepat2 sedar, kita dah tak banyak masa! Dah la tak tau mati bila, takut2 kita mati muda, dalam keadaan yang tak berapa elok pulak. Teringat dulu mama risau pasal allahyarham Ki yang suka tengok Hindustan. Mama kata takut nanti meninggal masa tengah tengok Hindustan. Tapi sebenarnya Ki bukannye suke sangat pon tgok Hindustan, tapi sebab kita adik beradik ni yang hantu hindustan dulu2! Haha. Ingat lagi dik? Alhamdulillah, Ki meninggal dengan sangat mudah, dalam keadaan yang sangat baik! MasyaAllah! Moga Allah cucuri rahmat ke atas ruh Ki.

KEDUA:
Adik tau kan setiap hari dalam kalendar Hijriyyah mula bila masuk Maghrib? Haaa. Nampak dah mesej di sebalik benda ni? Yes, hari kita sebenarnya mula sebelum gelap malam lagi. Bukan lepas bukak mata pagi2 tu! Alaa, kalendar masihi pon mula malam jugak! Betol, tapi waktu tu orang dah ngantok, ramai dah tido, betol tak? Tapi kalau ikut kalendar Hijriy, hari kita mula waktu maghrib, time orang tengah segar bugar, baru lepas mandi, get ready nak solat jemaah kat masjid, pastu nak makan malam lagi, pastu nak buat itu ini, sebelum ngantok dan tido. So apa maksudnya?

Kita tak boleh sia-siakan malam kita! Disebabkan hari kita telah bermula, so kena isi dengan perkara bermanfaat. Bermula dengan planning atau perancangan apa yang kita nak buat esok pagi! Kena plan hari kita supaya lebih teratur dan diisi dengan aktiviti yang baik-baik. Kita ada baaaaaaanyak masa malam tu untuk plan betul2 hari kita esok, cek sama ada plan kita tu baik ke tidak, ikut syariat ke tidak, Allah marah ke tidak. Kita boleh cuba pastikan hari kita esok lebih baik daripada hari ini! Nah, ni la yang dikatakan 'Esok mesti lebih baik daripada hari ini'! See the logic? Hari kita tak kan jadi baik jika kita tidak mula rancang untuk mebaikinya!

Selain tu, bila dah tau yang malam tu sebenarnya dah mula hari baru untuk kita, so kita akan betol2 manfaatkan waktu malam tu, bukan hanya dengan mengeroh jerr! Sebab tu ada baaaaaaaaanyak ayat al-Quran dan hadith yang menggalakkan kita menghidupkan malam (qiyamullail) dengan solat, baca al-Quran, zikir dan sebagainya. So malam bukan untuk tidur je! Selain persediaan dr segi planning, kita kene mohon kekuatan daripada Allah supaya rancangan kita berjalan lancar, dimudahkan, jika bertentangan dengan perancangan Allah pun, biarlah kita dapat menerima dengan redha. Sesungguhnya kekuatan sebenar itu hanya daripada Allah, Pencipta kita yang Maha Tahu segala-galanya.

Teladan Muhajirin
Ok, lepas cite pasal kalendar Hijriy, abang pon stat masuk pasal ayat yang abang baca tadi. Fokus ayat 8, surah al-Hasyr.

A008 
(Pemberian itu hendaklah diuntukkan) kepada orang-orang fakir yang berhijrah, yang telah diusir keluar dari kampung halamannya dan harta bendanya (kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam), untuk mencari limpah kurnia dari Allah dan keredaanNya, serta menolong (agama) Allah dan RasulNya; mereka itulah orang-orang yang benar (imannya dan amalnya). 

Rasanya adik pon dah tau cerita pasal kaum Muhajirin yang bersama-sama nabi S.A.W. tinggalkan Mekah dan berhijrah ke Madinah. Baaaaaaaaaaanyak sangat pengajaran yang boleh kita ambil daripada mereka ni. Pengorbanan, kesabaran, ketaatan, kebersamaan dan banyak lagi. Cuma apa yang abang tekankan waktu bagi ceramah tu hanya satu. "Hijrah yang mendasar" yang dilakukan oleh muhajirin lamaaaa sebelum mereka diperintahkan untuk berhijrah.

Apakah "hijrah yang mendasar" tu? Hehe. Over je abang ni. Abang sebenarnya terfikir perkataan 'mendasar' tu masa tengah2 bagi sharing tu. Tak plan pon, tapi Allah bantu alhamdulillah. Apa yang abang maksudkan sebenarnya ialah, hijrah yang dilakukan oleh sahabat nabi di Mekah saat pertama kali mengucap Shahadatain! Tanpa hijrah yang penting ini, mereka tak kan dengan rela hati tinggalkan sanak saudara dan ahli keluarga, taat perintah nabi S.A.W. dan berhijarah ke Madinah (digelar Yathrib pada ketika itu) sehelai sepinggang!

So hijrah apa? Ish abang ni! Hehe. Sabar dik, rasa2nya hijrah apa?
Yes, hijrah membetulkan tujuan hidup! Tujuan hidup daripada menjadi hamba kepada berhala, pangkat dan harta, kepada hamba Allah yang Esa! Bukan ada masa2 tertentu dalam sehari untuk jadi hamba, dah nama pon hamba, mana ada shift! So jadi hamba 24/7 kata orang. Tapi bukan kepada isi dunia yang zahir di mata, tapi kepada Penciptanya yang Maha Melihat segala-galanya. Perlakuan hamba ini disebut sebagai IBADAT, seperti yang disebut dalam surah az-Zariyat, 51:56.
A056
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. 

Abang tau adik mesti dah faham pasal ibadat ni kan. Ibadat yang bukan sahaja meliputi amalan wajib dan sunat macam solat, puasa, sedekah, haji dan seumpamanya, tapi SELURUH kehidupan si hamba! So segala amalan harus juga sepatutnya menjadi ibadat untuk kita sebagai hamba Allah. Makan kita, tidur kita, kerja kita, belajar kita, rehat kita, facebooking kita, semuaaaaaaaaaaaaanya mesti jadi ibadat kepada Allah. Senang je, penuhi 2 syarat ni, seharian kita boleh jadi ibadat, sperti yang dituntut!

1) Niat IKHLAS kerana Allah
2) Ikut SYARIAT yang diajarkan oleh nabi S.A.W. melalui al-Quran dan as-Sunnah

Tapi senang cakap la, nak buat tu ..hmm.. So apa makna semua ni? Takde istilah amalan haram dan berdosa dalam hidup kita sepatutnya, kan? Tapi ni macam malaikat je! Huhu. Allah tak menafikan fitrah kita yang pelupa dan tak lepas dari kesilapan, sebab tu Allah sediakan TAUBAT. Ya Allah, baiknya Dia! Kita patutnya beribadat kepada dia 24/7, tapi kalau terlupa atau tersasar, Dia still bagi chance, taubat!

Eh tapi cukup ke kalau kita dah 24/7 beribadat kepada Allah? Jangan lupe dik, Allah sebut apa masa ciptakan moyang kita Nabi Adam A.S dalam al-Baqarah ayat 30?
A030 
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
KHALIFAH. Itulah peranan utama manusia diciptakan. Aik, so tujuan hidup manusia ni IBADAT ke KHALIFAH? Dua-dua la! Kalau ada yang kata menjadi khalifah tu bukan tujuan hidup kita, boleh je terima, tapi kene jelas, KITA = KHALIFAH! Khalifah yang macam mana? Khalifah yang menjadi hamba Allah, beribadat kepada-Nya 24/7!

So apa maksud khalifah dik? Abang teringat masa pegi ceramah TG Haji Hadi baru-baru ni, katanya "Khalifah itu ialah dengan menegakkan agama, dan mentadbir dunia dengannya". Tapi still kurang jelas, macamana tadbir dunia dengan agama? Adakah maksudnya kene jadi pemimpin negara baru boleh jadi khalifah? Kena menang pilihan raya dulu baru dipanggil khalifah? TAK! Sebab Allah kata setiap daripada kita adalah khalifah. Even ada hadith sahih yang kata:
"Setiap kamu adalah adalah pemimpin, dan setiap kamu akan disoal tentang kepimpinannya..." (Bukhari, Muslim).
So macamana setiap daripada kita boleh jadi khalifah? Abang bagi satu perumpamaan. Cuba bayangkan kita sekeluarga pegi picnic kat Port Dickson. Semua tengah mandi dengan hepi, pastu tiba2 ombak besar ala-ala tsunami datang. Semua tak sempat nak berenang ke pantai (panadai kerr berenang? Hehe.). So semua pon terkapai-kapai la, nasib baik masing2 pakai pelampong, kecuali ayah yang pandai berenang. Alhamdulillah, pasukan penyelamat cepat je datang dengan bot diorang, dan selamatkan abang, pastu adik. Dari atas bot tu, boleh nampak mama, along, angah tengah berpaut pada pelampong masing2, tapi nampak letih gila, macam dah nak lemas dah. Ayah pon sama, mesti la penat untuk maintain terapung tanpa pelampong kan. So apa yang abang and adik akan buat? Mesti la cepat2 suro bot tu gi dekat dengan mama dan lain2 untuk selamatkan diorang kan? Kita akan cuba segala macam teknik untuk selamat famili kita. Abang yang taktau berenang ni pon (ok, pandai la sikit2 kan, tak la macam adik. Haha.) akan tiba2 berani nak terjun dari bot tu untuk selamatkan angah yang tengah mengandong (contohnya. Hehe.). Sambil2 tu nak capai along yang masih dalam pantang tapi gatal nak mandi laut tu! (Ok, cukup melawak. Serius) Sama la adik pon. Kesimpulannya, kita akan cuba sedaya upaya nak tarik ayah, mama, angah dan along untuk naik atas bot, sama2 dengan kita, betul tak?

Khalifah yang dah buat tugasnya, selamatkan yang lain. Alhamdulillah, kita sekeluarga selamat dalam bencana tu =)

Itulah tugas khalifah. Menarik orang lain ke atas 'bot ibadah'. Tak merasa selesa bila duk sorang je atas bot tu. Tak nak lakukan ibadat sorang2, tapi ajak jugak orang lain. Itulah 'mentadbir dunia' yang dimaksudkan. Pentadbir perlu ada yang ditadbir. Dan pentadbir yang juga hamba Allah mesti mentadbir mengikut tadbiran Dia! "Ajak kepada ma'ruf, dan tegah daripada yang mungkar"! Macam pernah dengar je ayat ni kan? Yes, KHALIFAH = DAIE ilallah. Daie atau pendakwah tidak merasa selesa dengan menjadi baik seorang diri, dia akan mengajak orang lain untuk menjadi baik bersamanya.

Kembali balik kepada kisah muhajirin tadi. Inilah tujuan hidup mereka setelah menerima Islam sebagai ad-deen. Mereka berhijrah daripada bertuhankan yang selain Allah, kepada Allah semata-mata. Segala amalan mereka diikhlaskan kerana Allah, bukan lagi untuk kemegahan kaum, nama keluarga, untuk dapatkan harta juga pengaruh, dan lain-lain lagi. Tak cukup setakat itu, mereka menyebar luas lagi kefahama Islam yang mereka dapat, suapaya anak isteri, sahabat handai, jiran tetangga dapat merasai sama nikmat Islam! Mereka keluar berdakwah, memahami tugas khalifah yang disandarkan pada bahu masing2. Sehinggalah Islam itu sendiri sampai kepada kita dik, orang di Malaysia ni!

Ya Allah. Nampak dah kan 'hijrah yang mendasar' yang abang maksudkan? Tanpa hijrah ini, tiada hijrah Mekah ke Madinah, maka tiada kalendar Hijriyyah! (Hehe. Tak penting pon isu kalendar tu.)

Wallahua'lam. Cerita abang ni tak habis lagi. (Haih, bila la nak habis.) Abang tak cite lagi pasal orang Ansar. Ada something menarik yang abang nak share nanti (tiba2 nanti tak menarik pon kan. Hehe. Lantakla, asalkan abang rasa menarik.). Satu lagi "hijrah yang mendasar", tapi kali ni ditunjukkan oleh kaum Ansar pulak. MasyaAllah.

Sabar ye dik.


Bersambung...

Ahad, 4 Disember 2011

HIJRAH yang 'mendasar': TAK NAK jadi Mahjoora!


Adik, baru ni kan abang ada bagitau yang abang diminta untuk bagi ceramah sempenal Maal hijrah 1433H. Ingat lagi? Hehe. Abang tak sempat lagi share dengan adik pasal program tu. Nak tau abang 'ceramah' pasal apa? Kalau tak nak pon takpe, abang bagitau je. Hehe.

Tolong Akhi...
Tengahari tu masa abang tengah buat tutorial Kimia dengan Hafiz dan Naim yang nak ambil SPM tu, kawan abang yang buat Medic di UniSZA mesej mintak tolong bagi pengisian Maal Hijrah malam tu jugak! Aiyyoo. Last minit sokmo. Katanya abang je yang terakhir boleh tolong. Kiranya macam option terakhir la lepas semuaaaaaaa ustaz hebat2 tolak pelawaan diorg. Hehe. (Sedih jugak dianak-tirikan. Huhu. But who cares? Cewah.) So atas dasar nak menolong dan taknak hampakan harapan kawan, juga untuk kebaikan diri sendiri yang boleh berlatih bercakap depan orang ramai tentang bende2 baik ni, abang terima, walaupun masa tu tengah khusyuk ajar adik2 SPM tu, yang abang plan nak habis before maghrib. Program pulak stat lepas maghrib! Aaaaargh! Alhamdulillah sempat la 'belek'' internet sikit pasal HIJRAH untuk buat persediaan.

Assalamu'alaikum warahmatullah
"Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah. Selawat dan salam ke atas baginda S.A.W.

InsyaAllah saya akan mulakan sesi sharing kita pada malam ni dengan membaca KESELURUHAN surah al-Hasyr! Sesiapa yang ada al-Quran boleh tengok makna ayat yang saya baca.

Bismillah..."
Cuak punya pasal, abang mulakan dengan membaca surah al-Hasyr. Mula2 plan nak habiskan SEMUA tiga setengah muka (24 ayat) surah tu, tapi sebab panjang sangat, berhenti tiba2 lepas baca satu setengah muka. Hehe. Abang selak surah tu pon masa on the way ke tempat hostel MAIDAM, tempat program tu. So basically apa yang abg baca kat internet sebelum tu babai je la. Hehe.

Kenapa al-Hasyr? Abang pilih surah ni sebab teringat dulu2 masa di UK, bila abang mula2 sampai, pastu bila adik2 lepas abang sampai, memaang akan baca ayat dalam surah ni. ayat alu-aluan gitu, supaya yang abang2 dan kakak2 welcome adik2, dan adik2 rasa selesa dengan suasana di tempat baru yang jauh dari keluarga masing2. Sebabnya, surah ni ade cerita pasal MUHAJIRIN dan ANSAR!

Alhamdulillah, lepas baca satu setengah muka surah al-hasyr ni, abang dah rasa tenang sikit, so berhenti la. Hehe. Tu je tujuan sebenar baca al-Quran awal2 tu. Yang mintak hadirin tengok makna tu tak harap sangat, sebab majoriti datang bawak telinga je. Hehe.

4 Golongan Mahjoora
Disebabkan abang dah mula dengan al-Quran, so abang ambil kesempatan untuk sembang pasal al-Quran dulu. (Sebenarnya masih cari-cari idea untuk pengisian sebenar nanti. Hehe.) Abang teringat satu pengisian daripada seorang Ustaz dari Indonesia yang diadakan di Lancester 2 tahun lepas rasanya. Dia bercerita pasal 4 golongan yang mensia-siakan al-Quran (dalam bahasa arabnya mahjoora). Abang sangat terkesan dengan pengisian tu, so abang rasa best untuk share dengan setiap orang yang abang jumpa, bila nak cakap pasal al-Quran.

Siapa mereka?

PERTAMA: 
Mereka yang tak tahu membaca al-Quran, tapi tak nak pulak belajar. Haih. Susahla camni kan. Walaupun al-Quran tu bukan dalam bahasa Melayu, tapi kita patut semangat untuk belajar al-Quran sepertimana semangatnya kita belajar English di sekolah tu. Bahasa al-Quran itu bahasa ahli syurga. Nak masuk syurga tak? Mulakan dengan belajar baca al-Quran. Biarlah umur berapa pon, kalau tak pandai atau tak lancar baca al-Quran, kene cari masa untuk belajar baca dan lancarkan al-Quran. Tak bangga ke dengan al-Quran yang merupakan satu-satunya kitab yang dipreserved dalam bahasanya yang asli, tanpa penambahan atau pengurangan? Tapi bangga tak cukup! Tak cukup kalau al-Quran itu tersusun cantek atas rak nan berdebu dek tidak disentuh, sebab tak tahu baca! Malu malu maluuuuuuuuuuu!

Alhamdulillah abang dan adik boleh baca al-Quran dengan baik (perasan di situ. Hehe). Mama dan ayah memang tekankan untuk belajar baca al-Quran sejak kecil lagi. Abang mula dengan Muqaddam, adik Qiraati, kan? Tak kisah la cemana pon, asalkan MULA BELAJAR!

KEDUA:
Haaa, golongan ni mungkin kita dik! Nauzubillah. Iaitu golongan yang tahu baca al-Quran , tapi tak baca! Rasanya ramai muslim harini mcam ni kot kan? Ustaz dari Indonesia tu cakap, sekurang-kurangnya kene khatam al-Quran sebulan sekali! So maksudnya sehari sejuzuk la! Mampu? Hehe. Sebenarnya mampu je, cuma kita yang nak atau tidak. Cuba bayang balik bulan Ramadhan, selamba jerr kita khatamkan 30 juzuk dalam sebulan kan? Even ada yang khatam 2 3 kali dalam bulan Ramadhan. abang pernah baca, ada huffaz (jama' utk hafiz al-Quran) yang mengulang SELURUH al-Quran 10 kali dalam bulan Ramadhan! MasyaAllah, Subhanallah!

Macam adik je ni. Hehe

Memang la sebab Ramadhan tu kita dapat pahala lebih, tapi pointnya, kita MAMPU buat dalam bulan Ramadhan, kenapa tidak di luar Ramadhan? Ni muhasabah untuk abang jugak. Tapi papepon, bukanlah nak paksa sejuzuk sehri kalau tak boleh, cuma kita yang boleh baca al-Quran ni kena disipilinkan untuk baca al-Quran setiap hari! Se'hizb'ke, se'rubu'' ke, semuka ke, separuh muka ke, even satu dua ayat sekali pon, kita jangan tinggalkan bacaan al-Quran walau sehari! Ok dik? Abang tau adik consistent je baca al-Quran kan? Yes, yang penting bukan banyak tapi one off, consistent adalah lebih dituntut! JOM baca al-Quran!

KETIGA:
Golongan ni pon rasanya LAAAAAGI ramai, especially kat Malaysia ni! Abang dulu pon sama, walaupun belajar di sekolah agama, tapi masih tergolong dalam kumpulan ni; mereka yang tahu baca al-Quran, baca al-Quran sokmo dah, tapi tak faham isi al-Quran. Nampak tak kenapa abang kata orang Malaysia ramai yang dalam golongan ni? Nauzubillah. Kita di Malaysia in general boleh la dikatakan bertuah sebab ada sistem pendidikan agama yang agak teratur, yang membolehkan budak sekecil 7 tahun boleh mengkhatam al-Quran. Ada yang advance sikit, masuk sekolah agama macam Adik dan Abang, pastu belajar bahasa Arab sampai tahu i'rab dan balaghah, tapi masih tergolong dalam kumpulan ketiga ni. Sebabnya? Kepentingan untuk memahami al-Quran itu tidak ditekankan!

Penting ke faham al-Quran? Of course! Sebab al-Quran lah manual hidup kita! Cuba bayangkan sorang mak cik di hulu kampong beli sebuah mesen basuh yang paling canggih di dunia, tapi tak reti guna sebab tak faham manualnya yang ditulis dalam English sahaja. Mak cik tu boleh je sebut satu2 instruction tu, sebab English kan guna huruf yang sama dengan bahasa melayu. Tapi boleh ke mak cik tu nak guna mesin basuh tu? Kalau boleh guna pon, mak cik tu still tak boleh nak guna keseluruhan functions pada mesin basuh yang canggih tu. So lebih baik beli mesin basuh biasa je kan?

Sama la macam kita, makhluk Allah yang dikatakan sebagai 'ahsanu tqawim' ni, paling canggih, paling sempurna, terbaeekk! Tapi kalau manual kita tidak difahami, hanya tahu dibaca sahaja, so potensi sebenar seorang manusia itu tidak akan diketahui. Arahan daripada Pencipta manusia itulah yang sebenarnya membolehkan manusia berfungsi secara optimum. Kita sebenarnya dapat lihat kesan tidak memamahi al-Quran hari ini di sekeliling kita. Berapa ramai muslim yang tahu baca al-Quran, tapi bergelumang dengan maksiat, bermusuhan sesama sendiri, dan paling menyedihkan, tidak faham sebab dia dijadikan sebagai manusia di muka bumi ini! Nauzubulillah. Al-Quran hanya akan berfungsi sebagai manual kita jika kita memahaminya.

Tapi dik, alhamdulillah harini kita dapat lihat baaaaaaaaaanyak sangat usaha untuk fahamkan muslim dengan isi al-Quran. Berapa banyak jenis al-Quran terjemahan sudah berada di pasaran, dalam pelbagai bentuk, warna dan saiz. Berapa banyak ustaz2 yang sudah mula tekankan kepentingan memahami al-Quran. Tidak lupa juga saranan2 untuk menghadiri kelas bahasa Arab yang menjadikan al-Quran sebagai sumber contoh dan rujukan. Kita yang sekolah agama dan alhamdulillah telah berpeluang belajar bahasa Arab ni, tinggal nak amal je kan? Adik dah ada al-Quran terjemahan kan, abang nampak yang warna pink tu. Hehe. Cuma untuk tambah feel sikit bila baca terjemahan al-Quran tu, kita tanda lah ayat2 best yang kita rasa mencucuk batang hidung kita seperti ayat perintah yang ada 'ya ayyihallazina aamanu' ke, atau ayat yang ada doa yang kita selalu amalkan ke, atau ayat2 yang menceritakan kisah2 teladan nabi2 dan orang soleh yang patut kita contohi. Tandalah dengan pelekat lutsinar warna-warni tu. Nanti bila kita ulang baca ayat tu, dah bertanda, dan kita lebih cepat menghayati makna ayat itu! InsyaAllah.
15 in 1 al-Quran pon dah ada sekarang ni! Cuma berat laa. Hehe.


KEEMPAT:
Panjang pulak cerita pasal golongan ketiga tadi. Hehe. Rasanya adik dah boleh agak kot golongan yang keempat ni apa kan? Yes, golongan yang tahu baca al-Quran, baca al-Quran, faham pulak tu, tapi tak amalkan apa yang dibaca dan difahami! Perumpamaan mak cik dengan mesin basuh yang abang cite sebelum ni pon boleh digunakan untuk golongan ni. Mak cik tu dah faham dah cara nak guna mesin basuh canggih tu sebab dia request company mesin basuh tu untuk hantar manual dalam bahasa melayu. Mak cik tu dah tahu yang mesin basuh tu boleh terus keringkan, pastu gosok dan hangerkan kan baju kemeja dan seluar slack, dan lipatkan pulak kain baju yang kene lipat, tapi mak cik tu still guna mesin tu untuk basuh baju macam biasa je. Malaslah nak guna function yang lain. Nama pon mesin basuh!

Haih, inilah satu lagi masalah muslim harini. Dah faham dah arahan Allah dalam al-Quran tu, tapi buat dono je. Ikut logik dan fikiran sendiri sahaja. Ikutkan nafsu ammaratun bissu' tu. Dengar cakap syaitan yang membisik, biarkan makhluk terlaknat tu mengalir deras dalam salur darah kita! Nauzubillah. Kita ni siapa sebenarnya untuk tidak buat apa yang Allah suruih, dan tinggal apa yang Allah larang? Kita ni HAMBA jer! Yes, bukan orang gaji sekali pon! H A M B A! So layak ke kita nak pilih untuk buat tu buat ni, setelah memahai semua yang Allah suruh dan larang?

Jom kita tengok sahabat Rasulullah S.A.W. Dikatakan yang sahabat tidak akan berganjak menghafal dan memahami 10 ayat al-Quran sehingga mereka amalkan 10 ayat sebelumnya! Subhanallah! Jika sahabat yang tidak maksum itu boleh lakukan, mengapa tidak kita kan dik?

Doa senjata kita...


Ya Allah, Berilah kesungguhan kepada kami untuk mempelajari al-Quran, Belajar membacanya dengan baik, Tekun mendalami ilmu tajwidnya, seni membacanya, teknik menghafaznya.
Ya Allah, Jadikan kami istiqamah dalam membaca al-Quran, Tidak patah semangat untuk mengahafaznya, Rasa bersalah jika seharian tidak membacanya.
Ya Allah, Tanamkanlah kecintaan kami kepada bahasa al-Quran, Mudahkan jalan kami untuk memahami al-Quran, Terangkan hati kami untuk menerima arahan dan larangan-Mu di dalam al-Quran.
Ya Allah, Masukkan kami di kalangan hamba-Mu yang beramal dengan al-Quran, Jangan jadikan kami dari kalangan mereka yang mengikut hawa nafsu dalam beramal dengan al-Quran, Kuatkanlah pendirian kami suapay istiqamah dengan amalan al-Quran.
Ya Allah, Jangan jadikan kami dari golongan mahjoora, Kasihanilah kami, bantulah kami, Dalam menjadi HAMBA-Mu yang sejati.
Ameen. 

Eh, cerita pasal pengalaman abang sharing pasal Hijrah ni tak habis lagi. Abang sambung kemudia la eh. Nak kaitkan sikit post ni dengan hijrah;

JOM kita hijrah untuk belajar baca al-Quran daripada tak pandai atau tak lancar lagi baca al-Quran, 


JOM kita hijrah untuk istiqamah dalam mebaca al-Quran setiap hari daripada sekadar baca al-Quran bila-bila ikut sukahati, 


JOM kita hijrah untuk baca sekali terjemahan bagi ayat yang kita baca, daripada sekadar baca je al-Quran tu tanpa memahami,


JOM kita hijrah untuk amalkan apa yang kita dah faham daripada al-Quran, daripada sekadar tahu dan faham apa yang Allah suruh dan larang dalam al-Quran. 

Boleh kan dik? Kita TAK NAK jadi mahjoora kan? Yok insyaAllah!

Bersambung...

Sembang ABANG, Didik ADIK


Bismillahirrahmanirrahim.

Abang: Adik, jom buat blog nak?
Adik: Ha? Buang tebiat ke ape abang ni?
Abang: Kan Maal Hijrah ni. Jom la buat azam baru yang baik2. Hehe.
Adik: Alaa. Malas update la. Adik tak suka blogger yang tak update.
Abang: Abang pon. So kita kene update la kalau dah ada blog nanti!
Adik: KITA?
Abang: Yes, KITA. Jom buat blog bersama. Nak? Kita gilir2 la update. Kalau adik sorang nak update selalu pon boleh. Huhu.
Adik: Hmm.. Adik tak suka blog yang skema2 ni. Best kalau penulisan macam sempoi2 tapi bermesej. Wah.
Abang: Then kita cuba la buat camtu. OK? Nanti abang buat dulu blog ni, pastu kita update sama2 eh.
Adik: Hmm. Boleh jugak. Adik pon sebenarnya ada blog sebelum ni, tapi malas nak update, takde semangat. Hopefully bila join venture ni semangat la sikit. Hehe.
Abang: InsyaAllah boleh jerr. Yang penting buat.
Adik: Ok. Abang buat dulu, nanti bagitau adik ye. Ha, dah ade nama blog ke?
Abang: Hehe. Dah. ISLAMOFEELYA! Sedap tak?
Adik: Hmm. Best. Apa maksudnya?
Abang: Alaa, kan orang dok cakap pasal Islamophobic kan, phobic lawannya philic. So kita Islamophilic! Islamophobia lawannya Islamophilia! Nak bagi catchy sikit, IslamoFEELya! Hehe.
Adik: Wah. Ok2. Adik setuju. Tapi nanti kalau rasa x best, kita tukar ek.
Abang: Ok jerr. Asalkan mesejnya jelas. yang penting isi blog kita nanti. Abang letak nama tu supaya penulisan kita pon terarah ke situ. Nak tunjukkan kita ni sayaaaaaaaaaaaaang bangat pada Islam, dan kita nak ajak orang lain juga sayang Islam juga! FEEL the Islam!
Adik: InsyaAllah. Adik cuba.
Abang: Ok la kalau camtu. Give me time ok. Nanti abang bagitau semula bila dah buat 1st entry. Huhu.
Adik: Ok, adik pun x sabar nak update ni.
Ok, ni perasan namanya. Hehe. Abang tak putih camtu, adik pulak takde bulu mata lentik. Hehe.

Moga Allah mudahkan. Mohon doa semua.