Banyak benda berlaku last week. Antara yang paling besar, Tok Ngoh meninggal dunia Khamis, 12 Januari 2012. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Terkejut jugak mula2 dengar. Ayah call abang masa tengah audit satu kilang buat karipap ikan mini kat Hulu Terengganu. Alhamdulillah lega sikit dengar yang mama dan ayah long sempat jumpa Tok Ngoh dan duduk dengan dia sampai habis nyawa. Moga Allah tempatkan Tok Ngoh dengan ahli syurga, insyaAllah.
Simple, kita nak boikot produk yang menyumbang kepada Israel! Bila cakap Israel, terus kita ingat saudara-mara kita yang dizalimi di tanah kelahiran mereka, bumi barakah Palestin. Isu mereka adalah isu kita! Sebab mereka saudara seakidah kita, yang hubungannya lebih utuh dan mendasar daripada hubungan darah. Juga sebab Palestin itu tempat letaknya tanah suci orang Islam yang makin dilupakan, iaitulah Baitul Maqdis yang namanya disebut Allah di dalam al-Quran sebagai bumi barakah! Isu Palestin isu ummah, isu akidah! Kita berdosa jika hanya memeluk tubuh, sedangkan saudara kita di sana bermati-matian mempertahankan tempat suci yang juga menjadi tanggungjawab kita mempertahankannya! Apa kita boleh buat dari jauh ni? Doa je? Yes, tapi usaha perlu ada. BOIKOT pleaseeee!
Kalau ikutkan yang sepatutnya, baaaaaaaaanyak lagi brand dan company yang kita kena boikot sebab ada kaitan dengan Israel laknatullah tu. Tapi kita cuba berstrategi, fokuskan dulu beberapa brand yang benar2 nampak sokongan diorang kat negara haram tu. Setakat yang abang tahu, TIGA companies yang seluruh dunia (mereka yangs edar) tengah cuba boikot adalah Coca Cola, Mc Donalds dan Starbucks. Tiga jerr? Yes, tiga jerr DULU supaya kita nampak kesannya hasil tindakan sepadu seluruh masyarakat dunia! InsyaAllah.
Ada kesan ke boikot2 ni?
Huhu. Sebelum abang jawab soalan ni, kita tengok jap beberapa cerita ni.
SATU: Kisah seekor burung pipit yang cuba menyelamatkan Nabi Ibrahim. Adik ingat tak bila? Yes, masa Nabi Ibrahim nak dibakar hidup2 oleh Namrud dan orang kampung baginda yang pelik lagi ego! Ego sangat kot, sampai terang2 Nabi Ibrahim buktikan yang 'tuhan' sembahan mereka tak boleh buat apa2, tapi diorang masih berkeras untuk tegakkan benang yang basah. Sampaikan sanggup si ayah merelakan anaknya dibakar hidup2! Harini ganas lagi, bukan setakat ayah bunuh anak, tapi anak bunuh ayah pon ada. Ya Allah, banyak kerja kita untuk baiki ummah, yang semestinya mula dengan diri kita sendiri!
| Alahai.. besar tu je paruh brung pipit?? |
Ok, balik kepada burung kecil tadi. Hanya dengan menggunakan paruhnya yang tak berapa nak besar tu, si burung masih tetap berulang-alik membawa air dan 'mencurahkannya' ke atas api yang sedang marak dan bersedia membakar apa2 yang dihumban ke dalamnya. Boleh ke titisan air tu memadamkan api yang marak menjulang tu? Ada kesan ke usaha si pipit yang sekelumit itu?
DUA: Adik mesti tau berapa lama Nabi Nuh berdakwah kepada kaumnya kan? 950 TAHUN! Subhanallah! Laaaaaaaamaaaaaaaaaaaanyaaaaaaaaa! Yes, tapi tau tak berapa ramai yang beriman di akhir hayat baginda? 80 lebih je! Lebih kurang setiap 10 tahun, hanya SEORANG sahaja yang terima dakwah baginda! Bila tengok sekali lalu, ada kesan ke dakwah Nabi Nuh ke atas kaum baginda? Adakah sebab Nabi Nuh sambil lewa buat dakwah? Atau baginda berputus asa di tengah jalan? Sama2 kita baca dan faham surah Nuh, di mana Allah rakamkan kesungguhan Nabi Nuh yang berdakwah siang malam, dengan pelbagai cara, dan berhadapan dengan pelbagai jenis tohmahan dan ujian daripada kaum baginda. MashaAllah. Cuba bandingkan dengan diri kita, diuji dengan iklan, pujukan kawan, 'testimoni' yang mengiurkan, terus putus asa dan mengalah. Moga Allah ampunkan kelemahan kita sebagai manusia yang tak lari daripada kesilapan. Mungkin surah an-Nas dan al-Falaq boleh jadi pendinding diri?
Cukuplah dua cerita. Abang nak tunjuk yang usaha yang dilihat kecil pada mata kasar tak semestinya tidak penting atau berkesan. Sebabnya, kesan itu Allah yang bagi, atas keizinan Dia. Kalau Dia kata jadi, maka serta-merta akan jadi. Tinggal kita nak yakin ke tak. Yakin kita yang lahir dari hati ni akan hasilkan amal, iaitu usaha sedaya upaya dengan doa supaya Allah memberi kesan yang dikehendaki.
Api yang hendak membakar Nabi Ibrahim tidak menyejuk kerana titisan air yang si pipit 'renjiskan'. Tidaklah pulak akan Allah ceritakan kisah dakwah Nabi Nuh dalam kitab-Nya jika dakwah yang dilakukan itu sia-sia dan tidak bermakna! Ya, Allah memandag kepada usaha kita dik! Hasilnya terserah pada Dia. Ikutkan sunnatullah; man jadda wajada, man zara'a hasoda. Kita yang dapat jika usaha, tapi Siapa yang bagi? Kita yang tanam, tapi Siapa yang tumbuhkan? ALLAH S.W.T! So kena mula usaha, kalau asyik pertikaikan ada hasil ke tak daripada usaha kita tu, tanpa kita usaha pape, laaaaaaaagi la tak dapat apa2, ye dak?
Alhamdulillah...
Abang ada baca sana sini tentang hasil boikot barangan Israel ni. Yang abang pernah dengar sendiri daripada mulut presiden Friends of al-Aqsa beberapa tahun lepas dalam satu program Winter Retreat, katanya Nestle adalah antara company yang dah tarik sahamnya daripada terus melabur untuk Israel. Abang ingat lagi, lepas tu semua kawan abang pakat beli semula barangan Nestle. Ye la, sapa tak suka Milo, Nescafe, Kit Kat, sos cili dan banyak lagi produk Nestle kat supermarke tu! Paling tak boleh blah, kawan2 abang mula beli semula Maggi! Duduk overseas la katekan. Huhu. Tapi abang cek kat website Friends of al-Aqsa lepas tu, dan sampai sekarang, tak sebut pon secara rasmi pasal penarikan balik saham Nestle tu. Tapi sebab dah dengar, tak rasa bersalah sangat nak beli barang Nestle yang kadang2 memang tiada bandingannya. Ops! (Asghfirullah. Lemah betul iman ni! Tapi betullah, ada sesetengah barang yang kita memang guna, beli, dan makan dari kecik, sangat susah nak tinggalkan! Tapi cubalah sedaya upaya cari alternatif kepada benda tu dulu, lagi2 harini, kalo teringin nak makan McD, at least KFC dah ada burger, double fillet lagi! Hehe.)
Ada beberapa lagi contoh hasil boikot companies yang menyumbang kepada Israel ni. Adik boleh google je. Apa yang abang nak tekankan, KITA macamana? Yakin tak dengan usaha boikot ni? Kalau tak boikot, apa kita buat untuk membantu saudara kita di Palestin tu?
Cuba bayangkan kita di tempat mereka. Setiap hari dihujani peluru yang datangnya daripada sumbangan tidak langsung saudara seIslam kita sendiri! Nauzubillah. Sedih rasa, tapi apa kita boleh buat time tu? Kalau kita doa time tu, sure Allah makbulkan sebab dah memang dizalimi bukan sahaja oleh Israel laknatullah tu, tapi oleh ayah, ibu, abang, adik, kakak kita sendiri! Ya Allah. Tak terbayang rasanya kan dik?
So sama2 kita berazam untuk teguhkan pendirian, amalkan ilmu dan pengetahuan, bantu saudara-mara kita yang berjuang kat Plestin tu, dengan cara yang tak seberap ni, tapi insyaAllah ada kesannya. Apa lagi yang kita boleh buat?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan