Adik, baru ni kan abang ada bagitau yang abang diminta untuk bagi ceramah sempenal Maal hijrah 1433H. Ingat lagi? Hehe. Abang tak sempat lagi share dengan adik pasal program tu. Nak tau abang 'ceramah' pasal apa? Kalau tak nak pon takpe, abang bagitau je. Hehe.
Tolong Akhi...
Tengahari tu masa abang tengah buat tutorial Kimia dengan Hafiz dan Naim yang nak ambil SPM tu, kawan abang yang buat Medic di UniSZA mesej mintak tolong bagi pengisian Maal Hijrah malam tu jugak! Aiyyoo. Last minit sokmo. Katanya abang je yang terakhir boleh tolong. Kiranya macam option terakhir la lepas semuaaaaaaa ustaz hebat2 tolak pelawaan diorg. Hehe. (Sedih jugak dianak-tirikan. Huhu. But who cares? Cewah.) So atas dasar nak menolong dan taknak hampakan harapan kawan, juga untuk kebaikan diri sendiri yang boleh berlatih bercakap depan orang ramai tentang bende2 baik ni, abang terima, walaupun masa tu tengah khusyuk ajar adik2 SPM tu, yang abang plan nak habis before maghrib. Program pulak stat lepas maghrib! Aaaaargh! Alhamdulillah sempat la 'belek'' internet sikit pasal HIJRAH untuk buat persediaan.
Assalamu'alaikum warahmatullah
"Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah. Selawat dan salam ke atas baginda S.A.W.Cuak punya pasal, abang mulakan dengan membaca surah al-Hasyr. Mula2 plan nak habiskan SEMUA tiga setengah muka (24 ayat) surah tu, tapi sebab panjang sangat, berhenti tiba2 lepas baca satu setengah muka. Hehe. Abang selak surah tu pon masa on the way ke tempat hostel MAIDAM, tempat program tu. So basically apa yang abg baca kat internet sebelum tu babai je la. Hehe.
InsyaAllah saya akan mulakan sesi sharing kita pada malam ni dengan membaca KESELURUHAN surah al-Hasyr! Sesiapa yang ada al-Quran boleh tengok makna ayat yang saya baca.
Bismillah..."
Kenapa al-Hasyr? Abang pilih surah ni sebab teringat dulu2 masa di UK, bila abang mula2 sampai, pastu bila adik2 lepas abang sampai, memaang akan baca ayat dalam surah ni. ayat alu-aluan gitu, supaya yang abang2 dan kakak2 welcome adik2, dan adik2 rasa selesa dengan suasana di tempat baru yang jauh dari keluarga masing2. Sebabnya, surah ni ade cerita pasal MUHAJIRIN dan ANSAR!
Alhamdulillah, lepas baca satu setengah muka surah al-hasyr ni, abang dah rasa tenang sikit, so berhenti la. Hehe. Tu je tujuan sebenar baca al-Quran awal2 tu. Yang mintak hadirin tengok makna tu tak harap sangat, sebab majoriti datang bawak telinga je. Hehe.
4 Golongan Mahjoora
Disebabkan abang dah mula dengan al-Quran, so abang ambil kesempatan untuk sembang pasal al-Quran dulu. (Sebenarnya masih cari-cari idea untuk pengisian sebenar nanti. Hehe.) Abang teringat satu pengisian daripada seorang Ustaz dari Indonesia yang diadakan di Lancester 2 tahun lepas rasanya. Dia bercerita pasal 4 golongan yang mensia-siakan al-Quran (dalam bahasa arabnya mahjoora). Abang sangat terkesan dengan pengisian tu, so abang rasa best untuk share dengan setiap orang yang abang jumpa, bila nak cakap pasal al-Quran.
Siapa mereka?
PERTAMA:
Mereka yang tak tahu membaca al-Quran, tapi tak nak pulak belajar. Haih. Susahla camni kan. Walaupun al-Quran tu bukan dalam bahasa Melayu, tapi kita patut semangat untuk belajar al-Quran sepertimana semangatnya kita belajar English di sekolah tu. Bahasa al-Quran itu bahasa ahli syurga. Nak masuk syurga tak? Mulakan dengan belajar baca al-Quran. Biarlah umur berapa pon, kalau tak pandai atau tak lancar baca al-Quran, kene cari masa untuk belajar baca dan lancarkan al-Quran. Tak bangga ke dengan al-Quran yang merupakan satu-satunya kitab yang dipreserved dalam bahasanya yang asli, tanpa penambahan atau pengurangan? Tapi bangga tak cukup! Tak cukup kalau al-Quran itu tersusun cantek atas rak nan berdebu dek tidak disentuh, sebab tak tahu baca! Malu malu maluuuuuuuuuuu!
Alhamdulillah abang dan adik boleh baca al-Quran dengan baik (perasan di situ. Hehe). Mama dan ayah memang tekankan untuk belajar baca al-Quran sejak kecil lagi. Abang mula dengan Muqaddam, adik Qiraati, kan? Tak kisah la cemana pon, asalkan MULA BELAJAR!
KEDUA:
Haaa, golongan ni mungkin kita dik! Nauzubillah. Iaitu golongan yang tahu baca al-Quran , tapi tak baca! Rasanya ramai muslim harini mcam ni kot kan? Ustaz dari Indonesia tu cakap, sekurang-kurangnya kene khatam al-Quran sebulan sekali! So maksudnya sehari sejuzuk la! Mampu? Hehe. Sebenarnya mampu je, cuma kita yang nak atau tidak. Cuba bayang balik bulan Ramadhan, selamba jerr kita khatamkan 30 juzuk dalam sebulan kan? Even ada yang khatam 2 3 kali dalam bulan Ramadhan. abang pernah baca, ada huffaz (jama' utk hafiz al-Quran) yang mengulang SELURUH al-Quran 10 kali dalam bulan Ramadhan! MasyaAllah, Subhanallah!
![]() |
| Macam adik je ni. Hehe |
Memang la sebab Ramadhan tu kita dapat pahala lebih, tapi pointnya, kita MAMPU buat dalam bulan Ramadhan, kenapa tidak di luar Ramadhan? Ni muhasabah untuk abang jugak. Tapi papepon, bukanlah nak paksa sejuzuk sehri kalau tak boleh, cuma kita yang boleh baca al-Quran ni kena disipilinkan untuk baca al-Quran setiap hari! Se'hizb'ke, se'rubu'' ke, semuka ke, separuh muka ke, even satu dua ayat sekali pon, kita jangan tinggalkan bacaan al-Quran walau sehari! Ok dik? Abang tau adik consistent je baca al-Quran kan? Yes, yang penting bukan banyak tapi one off, consistent adalah lebih dituntut! JOM baca al-Quran!
KETIGA:
Golongan ni pon rasanya LAAAAAGI ramai, especially kat Malaysia ni! Abang dulu pon sama, walaupun belajar di sekolah agama, tapi masih tergolong dalam kumpulan ni; mereka yang tahu baca al-Quran, baca al-Quran sokmo dah, tapi tak faham isi al-Quran. Nampak tak kenapa abang kata orang Malaysia ramai yang dalam golongan ni? Nauzubillah. Kita di Malaysia in general boleh la dikatakan bertuah sebab ada sistem pendidikan agama yang agak teratur, yang membolehkan budak sekecil 7 tahun boleh mengkhatam al-Quran. Ada yang advance sikit, masuk sekolah agama macam Adik dan Abang, pastu belajar bahasa Arab sampai tahu i'rab dan balaghah, tapi masih tergolong dalam kumpulan ketiga ni. Sebabnya? Kepentingan untuk memahami al-Quran itu tidak ditekankan!
Penting ke faham al-Quran? Of course! Sebab al-Quran lah manual hidup kita! Cuba bayangkan sorang mak cik di hulu kampong beli sebuah mesen basuh yang paling canggih di dunia, tapi tak reti guna sebab tak faham manualnya yang ditulis dalam English sahaja. Mak cik tu boleh je sebut satu2 instruction tu, sebab English kan guna huruf yang sama dengan bahasa melayu. Tapi boleh ke mak cik tu nak guna mesin basuh tu? Kalau boleh guna pon, mak cik tu still tak boleh nak guna keseluruhan functions pada mesin basuh yang canggih tu. So lebih baik beli mesin basuh biasa je kan?
Sama la macam kita, makhluk Allah yang dikatakan sebagai 'ahsanu tqawim' ni, paling canggih, paling sempurna, terbaeekk! Tapi kalau manual kita tidak difahami, hanya tahu dibaca sahaja, so potensi sebenar seorang manusia itu tidak akan diketahui. Arahan daripada Pencipta manusia itulah yang sebenarnya membolehkan manusia berfungsi secara optimum. Kita sebenarnya dapat lihat kesan tidak memamahi al-Quran hari ini di sekeliling kita. Berapa ramai muslim yang tahu baca al-Quran, tapi bergelumang dengan maksiat, bermusuhan sesama sendiri, dan paling menyedihkan, tidak faham sebab dia dijadikan sebagai manusia di muka bumi ini! Nauzubulillah. Al-Quran hanya akan berfungsi sebagai manual kita jika kita memahaminya.
Tapi dik, alhamdulillah harini kita dapat lihat baaaaaaaaaanyak sangat usaha untuk fahamkan muslim dengan isi al-Quran. Berapa banyak jenis al-Quran terjemahan sudah berada di pasaran, dalam pelbagai bentuk, warna dan saiz. Berapa banyak ustaz2 yang sudah mula tekankan kepentingan memahami al-Quran. Tidak lupa juga saranan2 untuk menghadiri kelas bahasa Arab yang menjadikan al-Quran sebagai sumber contoh dan rujukan. Kita yang sekolah agama dan alhamdulillah telah berpeluang belajar bahasa Arab ni, tinggal nak amal je kan? Adik dah ada al-Quran terjemahan kan, abang nampak yang warna pink tu. Hehe. Cuma untuk tambah feel sikit bila baca terjemahan al-Quran tu, kita tanda lah ayat2 best yang kita rasa mencucuk batang hidung kita seperti ayat perintah yang ada 'ya ayyihallazina aamanu' ke, atau ayat yang ada doa yang kita selalu amalkan ke, atau ayat2 yang menceritakan kisah2 teladan nabi2 dan orang soleh yang patut kita contohi. Tandalah dengan pelekat lutsinar warna-warni tu. Nanti bila kita ulang baca ayat tu, dah bertanda, dan kita lebih cepat menghayati makna ayat itu! InsyaAllah.
![]() |
| 15 in 1 al-Quran pon dah ada sekarang ni! Cuma berat laa. Hehe. |
KEEMPAT:
Panjang pulak cerita pasal golongan ketiga tadi. Hehe. Rasanya adik dah boleh agak kot golongan yang keempat ni apa kan? Yes, golongan yang tahu baca al-Quran, baca al-Quran, faham pulak tu, tapi tak amalkan apa yang dibaca dan difahami! Perumpamaan mak cik dengan mesin basuh yang abang cite sebelum ni pon boleh digunakan untuk golongan ni. Mak cik tu dah faham dah cara nak guna mesin basuh canggih tu sebab dia request company mesin basuh tu untuk hantar manual dalam bahasa melayu. Mak cik tu dah tahu yang mesin basuh tu boleh terus keringkan, pastu gosok dan hangerkan kan baju kemeja dan seluar slack, dan lipatkan pulak kain baju yang kene lipat, tapi mak cik tu still guna mesin tu untuk basuh baju macam biasa je. Malaslah nak guna function yang lain. Nama pon mesin basuh!
Haih, inilah satu lagi masalah muslim harini. Dah faham dah arahan Allah dalam al-Quran tu, tapi buat dono je. Ikut logik dan fikiran sendiri sahaja. Ikutkan nafsu ammaratun bissu' tu. Dengar cakap syaitan yang membisik, biarkan makhluk terlaknat tu mengalir deras dalam salur darah kita! Nauzubillah. Kita ni siapa sebenarnya untuk tidak buat apa yang Allah suruih, dan tinggal apa yang Allah larang? Kita ni HAMBA jer! Yes, bukan orang gaji sekali pon! H A M B A! So layak ke kita nak pilih untuk buat tu buat ni, setelah memahai semua yang Allah suruh dan larang?
Jom kita tengok sahabat Rasulullah S.A.W. Dikatakan yang sahabat tidak akan berganjak menghafal dan memahami 10 ayat al-Quran sehingga mereka amalkan 10 ayat sebelumnya! Subhanallah! Jika sahabat yang tidak maksum itu boleh lakukan, mengapa tidak kita kan dik?
Doa senjata kita...
Ya Allah, Berilah kesungguhan kepada kami untuk mempelajari al-Quran, Belajar membacanya dengan baik, Tekun mendalami ilmu tajwidnya, seni membacanya, teknik menghafaznya.
Ya Allah, Jadikan kami istiqamah dalam membaca al-Quran, Tidak patah semangat untuk mengahafaznya, Rasa bersalah jika seharian tidak membacanya.
Ya Allah, Tanamkanlah kecintaan kami kepada bahasa al-Quran, Mudahkan jalan kami untuk memahami al-Quran, Terangkan hati kami untuk menerima arahan dan larangan-Mu di dalam al-Quran.
Ya Allah, Masukkan kami di kalangan hamba-Mu yang beramal dengan al-Quran, Jangan jadikan kami dari kalangan mereka yang mengikut hawa nafsu dalam beramal dengan al-Quran, Kuatkanlah pendirian kami suapay istiqamah dengan amalan al-Quran.
Ya Allah, Jangan jadikan kami dari golongan mahjoora, Kasihanilah kami, bantulah kami, Dalam menjadi HAMBA-Mu yang sejati.
Ameen.
Eh, cerita pasal pengalaman abang sharing pasal Hijrah ni tak habis lagi. Abang sambung kemudia la eh. Nak kaitkan sikit post ni dengan hijrah;
JOM kita hijrah untuk belajar baca al-Quran daripada tak pandai atau tak lancar lagi baca al-Quran,
JOM kita hijrah untuk istiqamah dalam mebaca al-Quran setiap hari daripada sekadar baca al-Quran bila-bila ikut sukahati,
JOM kita hijrah untuk baca sekali terjemahan bagi ayat yang kita baca, daripada sekadar baca je al-Quran tu tanpa memahami,
JOM kita hijrah untuk amalkan apa yang kita dah faham daripada al-Quran, daripada sekadar tahu dan faham apa yang Allah suruh dan larang dalam al-Quran.
Boleh kan dik? Kita TAK NAK jadi mahjoora kan? Yok insyaAllah!
Bersambung...



Tiada ulasan:
Catat Ulasan