Isnin, 5 Disember 2011

Hijrah yang 'mendasar': Teladan Muhajirin

Logo Maal Hijrah setiap tahun di Malaysia. Cuba teka kenapa ada sarang labah-labah kat tengah-tengah tu? Hehe.

Ok dik, kita sambung cite abang sebelum ni pasal 'ceramah' yang abang keen bagi sempena Maal Hijrah 1433H baru-baru ni. Jap, cakap pasal Maal Hijrah, adik tau tak kenapa diletakkan perkataan 'ma'al' sebelum 'hijrah' tu? Kat Malaysia je kita sebut 'Maal Hijrah', sebab kita sambut dan siap jadi cuti umum lagi! 'Ma'a' adalah kata arab yang bermaksud 'bersama'. So 'ma'al hijrah' tu maknanya 'Bersama Hijrah', atau ada yang interprete sebagai 'Bersama Menghayati Hijrah' (memandai je tambah. Hehe.). Kalau tengok logo TV al-Hijrah pulak sekarang ni sempena awal tahun baru 1433 Hijriyyah, dia tukar sikit jadi "Hijrah Bersama...TV al-Hijrah". Kreatif jugak. Hehe.

Kreatif gak la Khat dia. "Hijrah Ma'a TV al-Hijrah"!

Ok, kembali ke cite asal. Hehe. Ingat lagi kan abang cite yang abang cuak gila mula-mula nak bagi ceramah tu, pastu abang baca al-Quran surah al-Hasyr satu setengah muka? Baaaaaaaanyak tu! Selalunya kalau intro majlis ke apa, orang baca setengah atau paling banyak pon semuka kan? Pastu orang lain yang baca, bukannya penceramah kan? Hehe. Ni abang yang jadi penceramah yang baca sendiri al-Quran tu, pastu panjang pulak! Matilaaa. But anyways, the recitation did calm me down, kill the butterfly inside my stomach, give me ideas on what to share, and most importantly nicely open the sharing session. Alhamdulillah!

Sebenarnya abang berhenti baca waktu tu pon sebab abang tengok jam dah nak masuk isya'! Haha. Bajet nak habiskan cepat2, tiba2 over plak, tak start apa pon lagi padahal isya' dah nak masuk. Abang pon mula la berkongsi pasal Hijrah...

Kalendar Hijriyyah
Mesti adik tau kalendar Hijriyyah jugak dipanggil kalendar 'Qamariyyah' sebab berpandukan peredaran bulan. Kalendar Masihiy pulak kita panggil kalendar 'Shamsiyyah' sebab ikut peredaran matahari. So apa yang kita dapat dengan mengetahui bende ni? Abang nak share DUA benda.

PERTAMA:
Haaa. Tau tak sebenarnya umur adik sekarang ni dah 24 tahun kalau ikut kalendar Hijriyyah, which is sebaya dengan abang kalau ikut kalendar Masihiy! Haha. Tua. Tapi takpe, abang lagi tua la kalau camtu! So apa kita dapat? Angka umur lebih tinggi, tempoh usia makin pendek! Elok kita renungkan, apakah umur yang lepas sudah terisi dengan baik? Ke tengok TV jerr, main facebook jerr (ok, ni pon kene batang hidung abang. So kene buat something ni! Yosh!). Nastaghfirullah. Cepat2 sedar, kita dah tak banyak masa! Dah la tak tau mati bila, takut2 kita mati muda, dalam keadaan yang tak berapa elok pulak. Teringat dulu mama risau pasal allahyarham Ki yang suka tengok Hindustan. Mama kata takut nanti meninggal masa tengah tengok Hindustan. Tapi sebenarnya Ki bukannye suke sangat pon tgok Hindustan, tapi sebab kita adik beradik ni yang hantu hindustan dulu2! Haha. Ingat lagi dik? Alhamdulillah, Ki meninggal dengan sangat mudah, dalam keadaan yang sangat baik! MasyaAllah! Moga Allah cucuri rahmat ke atas ruh Ki.

KEDUA:
Adik tau kan setiap hari dalam kalendar Hijriyyah mula bila masuk Maghrib? Haaa. Nampak dah mesej di sebalik benda ni? Yes, hari kita sebenarnya mula sebelum gelap malam lagi. Bukan lepas bukak mata pagi2 tu! Alaa, kalendar masihi pon mula malam jugak! Betol, tapi waktu tu orang dah ngantok, ramai dah tido, betol tak? Tapi kalau ikut kalendar Hijriy, hari kita mula waktu maghrib, time orang tengah segar bugar, baru lepas mandi, get ready nak solat jemaah kat masjid, pastu nak makan malam lagi, pastu nak buat itu ini, sebelum ngantok dan tido. So apa maksudnya?

Kita tak boleh sia-siakan malam kita! Disebabkan hari kita telah bermula, so kena isi dengan perkara bermanfaat. Bermula dengan planning atau perancangan apa yang kita nak buat esok pagi! Kena plan hari kita supaya lebih teratur dan diisi dengan aktiviti yang baik-baik. Kita ada baaaaaaanyak masa malam tu untuk plan betul2 hari kita esok, cek sama ada plan kita tu baik ke tidak, ikut syariat ke tidak, Allah marah ke tidak. Kita boleh cuba pastikan hari kita esok lebih baik daripada hari ini! Nah, ni la yang dikatakan 'Esok mesti lebih baik daripada hari ini'! See the logic? Hari kita tak kan jadi baik jika kita tidak mula rancang untuk mebaikinya!

Selain tu, bila dah tau yang malam tu sebenarnya dah mula hari baru untuk kita, so kita akan betol2 manfaatkan waktu malam tu, bukan hanya dengan mengeroh jerr! Sebab tu ada baaaaaaaaanyak ayat al-Quran dan hadith yang menggalakkan kita menghidupkan malam (qiyamullail) dengan solat, baca al-Quran, zikir dan sebagainya. So malam bukan untuk tidur je! Selain persediaan dr segi planning, kita kene mohon kekuatan daripada Allah supaya rancangan kita berjalan lancar, dimudahkan, jika bertentangan dengan perancangan Allah pun, biarlah kita dapat menerima dengan redha. Sesungguhnya kekuatan sebenar itu hanya daripada Allah, Pencipta kita yang Maha Tahu segala-galanya.

Teladan Muhajirin
Ok, lepas cite pasal kalendar Hijriy, abang pon stat masuk pasal ayat yang abang baca tadi. Fokus ayat 8, surah al-Hasyr.

A008 
(Pemberian itu hendaklah diuntukkan) kepada orang-orang fakir yang berhijrah, yang telah diusir keluar dari kampung halamannya dan harta bendanya (kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam), untuk mencari limpah kurnia dari Allah dan keredaanNya, serta menolong (agama) Allah dan RasulNya; mereka itulah orang-orang yang benar (imannya dan amalnya). 

Rasanya adik pon dah tau cerita pasal kaum Muhajirin yang bersama-sama nabi S.A.W. tinggalkan Mekah dan berhijrah ke Madinah. Baaaaaaaaaaanyak sangat pengajaran yang boleh kita ambil daripada mereka ni. Pengorbanan, kesabaran, ketaatan, kebersamaan dan banyak lagi. Cuma apa yang abang tekankan waktu bagi ceramah tu hanya satu. "Hijrah yang mendasar" yang dilakukan oleh muhajirin lamaaaa sebelum mereka diperintahkan untuk berhijrah.

Apakah "hijrah yang mendasar" tu? Hehe. Over je abang ni. Abang sebenarnya terfikir perkataan 'mendasar' tu masa tengah2 bagi sharing tu. Tak plan pon, tapi Allah bantu alhamdulillah. Apa yang abang maksudkan sebenarnya ialah, hijrah yang dilakukan oleh sahabat nabi di Mekah saat pertama kali mengucap Shahadatain! Tanpa hijrah yang penting ini, mereka tak kan dengan rela hati tinggalkan sanak saudara dan ahli keluarga, taat perintah nabi S.A.W. dan berhijarah ke Madinah (digelar Yathrib pada ketika itu) sehelai sepinggang!

So hijrah apa? Ish abang ni! Hehe. Sabar dik, rasa2nya hijrah apa?
Yes, hijrah membetulkan tujuan hidup! Tujuan hidup daripada menjadi hamba kepada berhala, pangkat dan harta, kepada hamba Allah yang Esa! Bukan ada masa2 tertentu dalam sehari untuk jadi hamba, dah nama pon hamba, mana ada shift! So jadi hamba 24/7 kata orang. Tapi bukan kepada isi dunia yang zahir di mata, tapi kepada Penciptanya yang Maha Melihat segala-galanya. Perlakuan hamba ini disebut sebagai IBADAT, seperti yang disebut dalam surah az-Zariyat, 51:56.
A056
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. 

Abang tau adik mesti dah faham pasal ibadat ni kan. Ibadat yang bukan sahaja meliputi amalan wajib dan sunat macam solat, puasa, sedekah, haji dan seumpamanya, tapi SELURUH kehidupan si hamba! So segala amalan harus juga sepatutnya menjadi ibadat untuk kita sebagai hamba Allah. Makan kita, tidur kita, kerja kita, belajar kita, rehat kita, facebooking kita, semuaaaaaaaaaaaaanya mesti jadi ibadat kepada Allah. Senang je, penuhi 2 syarat ni, seharian kita boleh jadi ibadat, sperti yang dituntut!

1) Niat IKHLAS kerana Allah
2) Ikut SYARIAT yang diajarkan oleh nabi S.A.W. melalui al-Quran dan as-Sunnah

Tapi senang cakap la, nak buat tu ..hmm.. So apa makna semua ni? Takde istilah amalan haram dan berdosa dalam hidup kita sepatutnya, kan? Tapi ni macam malaikat je! Huhu. Allah tak menafikan fitrah kita yang pelupa dan tak lepas dari kesilapan, sebab tu Allah sediakan TAUBAT. Ya Allah, baiknya Dia! Kita patutnya beribadat kepada dia 24/7, tapi kalau terlupa atau tersasar, Dia still bagi chance, taubat!

Eh tapi cukup ke kalau kita dah 24/7 beribadat kepada Allah? Jangan lupe dik, Allah sebut apa masa ciptakan moyang kita Nabi Adam A.S dalam al-Baqarah ayat 30?
A030 
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
KHALIFAH. Itulah peranan utama manusia diciptakan. Aik, so tujuan hidup manusia ni IBADAT ke KHALIFAH? Dua-dua la! Kalau ada yang kata menjadi khalifah tu bukan tujuan hidup kita, boleh je terima, tapi kene jelas, KITA = KHALIFAH! Khalifah yang macam mana? Khalifah yang menjadi hamba Allah, beribadat kepada-Nya 24/7!

So apa maksud khalifah dik? Abang teringat masa pegi ceramah TG Haji Hadi baru-baru ni, katanya "Khalifah itu ialah dengan menegakkan agama, dan mentadbir dunia dengannya". Tapi still kurang jelas, macamana tadbir dunia dengan agama? Adakah maksudnya kene jadi pemimpin negara baru boleh jadi khalifah? Kena menang pilihan raya dulu baru dipanggil khalifah? TAK! Sebab Allah kata setiap daripada kita adalah khalifah. Even ada hadith sahih yang kata:
"Setiap kamu adalah adalah pemimpin, dan setiap kamu akan disoal tentang kepimpinannya..." (Bukhari, Muslim).
So macamana setiap daripada kita boleh jadi khalifah? Abang bagi satu perumpamaan. Cuba bayangkan kita sekeluarga pegi picnic kat Port Dickson. Semua tengah mandi dengan hepi, pastu tiba2 ombak besar ala-ala tsunami datang. Semua tak sempat nak berenang ke pantai (panadai kerr berenang? Hehe.). So semua pon terkapai-kapai la, nasib baik masing2 pakai pelampong, kecuali ayah yang pandai berenang. Alhamdulillah, pasukan penyelamat cepat je datang dengan bot diorang, dan selamatkan abang, pastu adik. Dari atas bot tu, boleh nampak mama, along, angah tengah berpaut pada pelampong masing2, tapi nampak letih gila, macam dah nak lemas dah. Ayah pon sama, mesti la penat untuk maintain terapung tanpa pelampong kan. So apa yang abang and adik akan buat? Mesti la cepat2 suro bot tu gi dekat dengan mama dan lain2 untuk selamatkan diorang kan? Kita akan cuba segala macam teknik untuk selamat famili kita. Abang yang taktau berenang ni pon (ok, pandai la sikit2 kan, tak la macam adik. Haha.) akan tiba2 berani nak terjun dari bot tu untuk selamatkan angah yang tengah mengandong (contohnya. Hehe.). Sambil2 tu nak capai along yang masih dalam pantang tapi gatal nak mandi laut tu! (Ok, cukup melawak. Serius) Sama la adik pon. Kesimpulannya, kita akan cuba sedaya upaya nak tarik ayah, mama, angah dan along untuk naik atas bot, sama2 dengan kita, betul tak?

Khalifah yang dah buat tugasnya, selamatkan yang lain. Alhamdulillah, kita sekeluarga selamat dalam bencana tu =)

Itulah tugas khalifah. Menarik orang lain ke atas 'bot ibadah'. Tak merasa selesa bila duk sorang je atas bot tu. Tak nak lakukan ibadat sorang2, tapi ajak jugak orang lain. Itulah 'mentadbir dunia' yang dimaksudkan. Pentadbir perlu ada yang ditadbir. Dan pentadbir yang juga hamba Allah mesti mentadbir mengikut tadbiran Dia! "Ajak kepada ma'ruf, dan tegah daripada yang mungkar"! Macam pernah dengar je ayat ni kan? Yes, KHALIFAH = DAIE ilallah. Daie atau pendakwah tidak merasa selesa dengan menjadi baik seorang diri, dia akan mengajak orang lain untuk menjadi baik bersamanya.

Kembali balik kepada kisah muhajirin tadi. Inilah tujuan hidup mereka setelah menerima Islam sebagai ad-deen. Mereka berhijrah daripada bertuhankan yang selain Allah, kepada Allah semata-mata. Segala amalan mereka diikhlaskan kerana Allah, bukan lagi untuk kemegahan kaum, nama keluarga, untuk dapatkan harta juga pengaruh, dan lain-lain lagi. Tak cukup setakat itu, mereka menyebar luas lagi kefahama Islam yang mereka dapat, suapaya anak isteri, sahabat handai, jiran tetangga dapat merasai sama nikmat Islam! Mereka keluar berdakwah, memahami tugas khalifah yang disandarkan pada bahu masing2. Sehinggalah Islam itu sendiri sampai kepada kita dik, orang di Malaysia ni!

Ya Allah. Nampak dah kan 'hijrah yang mendasar' yang abang maksudkan? Tanpa hijrah ini, tiada hijrah Mekah ke Madinah, maka tiada kalendar Hijriyyah! (Hehe. Tak penting pon isu kalendar tu.)

Wallahua'lam. Cerita abang ni tak habis lagi. (Haih, bila la nak habis.) Abang tak cite lagi pasal orang Ansar. Ada something menarik yang abang nak share nanti (tiba2 nanti tak menarik pon kan. Hehe. Lantakla, asalkan abang rasa menarik.). Satu lagi "hijrah yang mendasar", tapi kali ni ditunjukkan oleh kaum Ansar pulak. MasyaAllah.

Sabar ye dik.


Bersambung...

Tiada ulasan: