Ahad, 14 Oktober 2012

JPA: Alhamdulillah...

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, seronok rasa dapat peluang menulis di blog ni semula. Adik pun dah lama tak menulis. Jom mula menulis semulan nak? Nanti sama-sama boleh tahu apa jadi antara kita walaupun duduk jauh! Plan abang kali ni (banyak sangat plan yang tertangguh sebelum ni; ISK the series la, cerita umrah la, harap adik tak boring baca tulisan abang di blog ni), insyaAllah abang nak cuba update perkembangan abang di bumi Australia ni untuk muhasabah apa yang dah dibuat, dan merancang untuk apa yang perlu dan hendak dibuat. Moga abang dapat istiqamah :)

Alhamdulillah hari ni genap seminggu abang berada di bumi kangaroo ni, bermusafir utk menambah pengalaman dan ilmu, di samping menyempurnakan misi mendapatkan segulung ijazah Ph.D. Rupa-rupanya Monash University ni bukan di Melbourne, tapi di Clayton, ala-ala kampung di pinggir kota Melbourne. Clayton ni lebih kurang 45 minit dari Melbourne kalau naik train. Jadi kalau nak travel ke bandar Mebourne dari tempat abang ni, kena naik bas ke Clayton train station dan ambil train ke Melbourne. Orang di Clayton ni katanya memang dah biasa travel jauh macam tu, especially sebab banyak event besar dibuat di Melbourne.

Alhamdulillah abang sampai di Melbourne airport pukul 9.30am waktu tempatan (6.30am waktu Malaysia- rupa-rupanya malam perjalanan abang ke sini adalah bermulanya waktu daylight saving, maknanya jarak waktu Melbourne-Malaysia dianjak daripada 2 jam kepada 3 jam). Kawan abang, Imran dah siap-siap tunggu abang di arrival gate, dan terus naik kereta dia ke Clayton. Imran ni buat Ph.D di Monash University juga, orang lama di sini, sejak ambil degree lagi. Subhanallah, waktu ni la dapat rasa nikmat ukhwah fillah yang sebenar! Walaupun tak pernah kenal dan jumpa sebelum ni, tapi ikatan akidah islamiyyah yang difahami dan dirasai menjadikan abang dan Imran macam kawan yang dah lama kenal dan baru berjumpa semula.

Alhamdulillah, abang dikenalkan dengan adik-adik undergraduate yang sangat baik di kawasan sekitar Monsh Uni ni. Buat masa sekarang, abang menumpang di satu rumah di Dandenong Rd, di bilik Munzir (Engineering dari INTEC) yang baik hati sudi berkongsi ruang dalam bilik dia. Ahli rumah yang lain yang baik hati bagi abang tumpang rumah diorang adalah Akmal (ex-Maahad SPM 2009, Accounting dari INTEC), Zamrin (Biotech dari INTEC), Syafiq a.k.a Fio (Accounting dari INTEC), Zaim (Accounting dari INTEC) dan Khairi (Accounting dari INTEC). So orang rumah abang ni semuanya pelajar tahun 1 yang buat persediaan di INTEC dulu, sebelum datang ke sini Februari yang lepas. Ada 3 lagi rumah undergraduates yang abang dah pergi sepanjang seminggu ni; rumah Marshall, Koonawara dan Baitul Qaedah Sulbah (BQS- hebat namanya!). Di rumah Marshall (nama jalan sebenarnya ni) abang berkenalan dengan Midi dan Amin, dua-dua buat law dari Taylors. Di sinilah abang mula-mula tumpang rehat kejap sementara tunggu ahli rumah abang balik rumah. Di Koonawara (nama jalan juga) ada Firdaus, Fazwan, Syazwan, Azzam, dan Zarif, semuanya buat Engineering (sama dengan Munzir) dari Kolej Mara Seremban (KMS). Di rumah ni abang main ping-pong pada hari pertama sampai! Diorang juga yang tolong angkut beg besar abang ke rumah abang sekarang ni, dan Zarif siap bagi sebuah basikal yang bagi abang masih baru dan elok, untuk abang guna sepanjang duduk di sini. Azzam bagi helmet dia, benda yang wajib dipakai kalau berbasikal di Australia ni. Esoknya, Amin pula bagi kunci basikal, dan Zarif bagi lagi benda penting yang setiap basikal kena ada, lampu! Subhanallah, terharu abang dengan layanan adik-adik di sini, ala-ala kaum Ansar yang menolong Muhajirin yang berhijrah ke Madinah suatu ketika dahulu. Semoga Allah mengganjari mereka sebanyak-banyaknya. Oh ya, tentang BQS, di situ ada Faruq, Syauqi, Azfar, dan Asyraf. Hebat-hebat belaka orang di rumah ni. Memang QS sebenar masyaAllah!

Alhamdulillah, hari kedua abang di sini (Isnin), abang terus buka akaun bank (Commonwealth Bank) di sini. Sampai sekarang abang belum bagi detail bank kepada sponsor. InsyaAllah akan dibuat secepat mungkin. Hari Isnin itu juga abang buat kontrak utk telefon. Asalnya nak ambil line telefon sahaja (AUD 45 sebulan, dapat AUD 700 kredit dan 1GB internet), tapi bila dia offer free printer kalau tambah lagi AUD 15 sebulan dan dapat satu telefon 'free' (so sebenarnya AUD 15 tu untuk bayar haraga telefon tu), jadi abang setuju ambil plan AUD 60 sbulan tu, dan dapat la satu lagi telefon baru; Samsung Galaxy S3. Jadi telefon abang sebelum ni abang maintainkan untuk simcard Malaysia, suapaya mudah dan murah sikit orang Malaysia kalau nak kontek abang, dan abang akan kontek semula dengan nombor Australia yang dapat 'free' AUD 700 kredit sebulan tu. Tapi kalau nak terus kontek abang guna nombor Australia boleh je. Kalau guna WhatsApp, Skype atau Viber pun boleh bila ada internet. Subhanallah, sangat mudah nak berhubung sekarang! So adik pun keep in touch dengan abang selalu ye!

Alhamdulillah, abang daftar secara rasmi di Monash University pada hari Khamis (11/10/12) yang lepas.
Mudah sahaja prosesnya. Pertama kali berjumpa dengan supervisor abang di Monash ni, subhanallah, sangat baik dan peramah orangnya! Nama dia Prof Don McNaughton, pakar spectroscopy di Australia ni. Allah takdir hari tu dia batuk teruk, tapi dia tetap bawa abang tour fakulti sambil terangkan alat-alat yang abang akan guna nanti, dan cerita panjang pasal projek abang bawah seliaan dia. Moga Allah beri hidayah kepada dia untuk terima Islam insyaAllah.

Alhamdulillah esoknya abang dapat jumpa dengan seorang lagi supevisor abang, tapi yang dari CSIRO. Dr. Mary Ann Augustin namanya Ada sorang lagi yang abang belum jumpa sebab dia agak sibuk, Dr. Roman Buckow dari Jerman. Mary Ann ni berasal dari Malaysia sebenarnya, kawan kepada dekan abang di UniSZA, tapi sekarang menetap dan menjadi permanent residents (PR) di Australia ni. MashaAllah, dia pun sangat baik dan pemurah dengan idea. Kepakaran dia dalam bidang teknologi makanan harapnya dapat membantu abang untuk bersedia ke alam pekerjaan sebagai pensyarah di Fakulti Teknologi Makanan UniSZA nanti insyaAllah.

Alhamdulillah, Dr. Mary Anna dah bookkan appointment antara abang dan supervisor di Monash, dengan Dr. Roman Buckow di CSIRO Werribee, untuk bincang dengan lebih lanjut tentang sumbangan dia dalam projek abang ni, dan juga untuk ambil sampel protein yang abang akan guna dalam trial experiment abang satu dua minggu yang akan datang. Trial experiment ni untuk biasakan abang dengan alat-alat penting di Monash yang abang akan guna dalam projek abang nanti insyaAllah.

Alhamdulillah, sementara tunggu untuk mulakan experiment, Prof. Don McNaughton bagi pinjam kat abang satu buku tentang spectroscopy untuk abang fahamkan konsep asas alat yang abang akan guna dalam analisis sampel abang nanti. Bukunya ialah Modern Spectroscopy 4th Edition, by J. Michael Hollas, diterbitkan oleh Wiley. So target abang sekarang ni adalah untuk fahamkan konsep spectroscopy ni dan apply semasa buat experiment nanti insyaAllah.

Wallahua'lam. Setakat ni dulu update permulaan dari abang. Pohon doa yang berterusan dari keluarga tercinta yang nun jauh di sana, agar dipermudah urusan abang di sini dan di SANA.

P/s: Abang baru dapat berita tentang pemergian ke rahmatullah, ayah kepada adik usrah abang di Durian Burung tu, Hafiz Amirul bin Mazelan, lepas zohor tadi (Ahad, 14/10/2012). Sama-sama kita doakan untuk mereka sekeluarga. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.





Tiada ulasan: