Isnin, 21 Mei 2012

Ibrah Haramain: Pendahuluan

Bismillahirrahmanirrahim.

MasyaAllah, lamanya kita dah tak tulis kat blog ni dik! Bukan bersawang dah ni, dah macam rumah buruk yang ditinggalkan. Huhu. Masing-maisng pun sibuk dengan kerja sendiri. Tapi alhamdulillah, abang rasa walaupun kita tak menulis di sini, sharing-maring antara kita berjalan je kan, cuma orang lain tak tahu la. Huhu. Jadi untuk meluaskan lagi manfaat perkongsian abang-adik antara kita, kita kena menulis lebih kerap dalam blog ni! Jom azam! Lagi-lagi la dah nak masuk bulan Rejab ni, persediaan disiplin untuk Ramadhan nanti perlu dibuat dari sekarang. InsyaAllah kita sama-sama usaha dik!

*****

InsyaAllah untuk kali ni dan beberapa siri penulisan selepas ni, abang bercadang untuk berkongsi pengalaman abang sepanjang mengerjakan umrah pada 24 April sehingga 5 Mei 2012 yang lalu. Alhamdulillah, rezeki yang Allah bagi ini abang rasa perlu disebar-luaskan supaya semua dapat merasainya, walaupun tidak bersama-sama di sana. Perkongsian yang abang rancang ini berdasarkan catatan abang sepanjang berada di sana, cuma ia bukanlah ditulis dalam bentuk diari, tapi lebih kepada ibrah dan pengajaran yang abang dapat daripada peristiwa-peristiwa yang abang tengok atau lalui semasa di Makkah dan Madinah.

Jazakallahu khairan kathira atas peluang ini, Sahabat.

Alhamdulillah, sepanjang kurang lebih 11 hari di sana, abang telah berkenalan dan berukhwah dengan ramai orang, daripada semuda 7 bulan, sehinggalah 75 tahun, lelaki mahupun perempuan, solo mahupun berkeluarga, orang Perak mahupun Ganukite yang sekali dengan abang di bawah pakej umrah Darul Mubarak Travel & Tours Sdn. Bhd. InsyaAllah abang akan ceritakan sedikit sebanyak memori indah bersama dengan insan-insan istimewa ini yang abang tidak akan lupakan selama-lamanya! Banyak sangat ilmu dan pedoman yang abang dapat sepanjang mu'amalah abang dengan mereka, yang insyaAllah akan abang konsikan dengan adik dalam blog Islamofeelya ini.

Disebabkan abang ke sana secara solo, jadi abang agak bebas berjalan ke sana ke mari seorang diri mahupun ikut sesiapa sahaja yang abang nak. Takdir Allah, sepanjang kembara solo abang ini, pelbagai peristiwa berlaku depan mata abang yang mebuatkan abang berfikir panjang akan ibrahnya untuk dihayati dan menjadi panduan hidup ini. Seperti yang abang bagitahu sebelum ini, pengalaman ini juga akan abang kongsikan di sini insyaAllah.

Mungkin abang boleh kongsikan beberapa tajuk yang abang rancang untuk kongsi di bawah tema Ibrah Haramain ini, antaranya Tentang Ajal, Tengok je!, Mahalnya Sudais, Rasul Malaysia, Sihir di Tanah Haram, Umrah 80 kali!, Sembang Politik dan Zam-zam. Ada beberapa lagi tajuk yang abang plan untuk tulis, cuma perasaan takut itu sentiasa ada, bukan apa, takut tak tertulis! Huhu.

Jadi harapnya dengan perkongsian yang abang bakal coretkan nanti sedikit sebanyak memberi manfaat kepada adik dan pembaca blog Islamofeelya yang lain, terutamanya dalam memberi panduan cara pandang kepada situasi yang berlaku di sekeliling kita, juga dalam mu'amalah dengan manusia sehari-hari. Abang bukanlah orang terbaik untuk menulis semua ini, cuma harapnya dengan sedikit coretan ini menjadi refleksi kepada diri abnag sendiri, selain memberi saham kepada abang dalam usaha melaksanakan Syahadatul Haq di atas muka bumi ini.

Doakan abang istiqamah menulis!

Wallahua'lam.

Tiada ulasan: