Ni abang copy paste balik puisi yang Hilal tulis utk intro setiap bab/cerpen dalam buku ni. Abang suka, sebab tu abang rasa nak share dengan adik! Hehe. Enjoy! (Abang bagi komentar peribadi sikit kat setiap puisi ni..tak faham cakap eh? Kita tadabur sama2)
| Apa di sebalik Sang Matahari? |
Matahari,
penyedar kepada masa,
penentu kepada arah,
sungguh manusia memerlukannya,
baik di langit mahupun di bumi.
Matahari di langit tinggi sudah kita ketahui,
maka siapa yang bergerak menjadi matahari di bumi,
menyedarkan sekalian manusia?
Inilah da'ei! Saiapa da'ei tu? KITA la! Kita bergerak menjadi 'matahari' di bumi, menyedarkan orang lain tentang hakikat hidup dan menjadi rujukan pencari kebenaran. Bukan sebab kita sempurna, tetapi sebab Allah dah bagi 'sinar'-Nya untuk kita kongsikan bersama!
*****
Berbanding membakar dengan kepanasan,
matahari memilih memberi petunjuk dengan cahayanya.
Sungguh manusia perlu memahami manusia,
dan menyentuh jiwa-jiwa,
bukan menghilangkan harapan pada Rabbnya.
Matahari menjadi petunjuk buat pengembara.
Manusia memerlukan contoh menuju Tuhannya.
Siapakah yang benar-benar memahami,
apakah tanggungjawabnya sebagai hamba?
Sekali lagi, da'eilah yang paling faham! Sebab dia nak memahamkan orang lain pulak. Bukan dengan mengguris rasa mencalar hati, tapi lembut bicara menyentuh hati. Da'ei jugak qudwah kepada mad'unya, sebab tingkah laku dan tutur wajib selari dan teratur.
*****
Sungguh bulan hanya sang kelabu berdebu,
bertompok hodoh tanpa sinar menyenangkan.
Namu ia memilih memantulkan cahaya matahari,
manjadikannya indah tanpa tandingan di malam hari.
Menyenangkan jiwa.
Melapangkan hati mereka.
Hakikat kita ini ciptaan yang hina daripada tanah, mesti tak boleh lupa! Tapi Allah dah offer satu pekerjaan mulia untuk tinggikan darjat kita! Jika kita pilih untuk buat, layaklah sujud malaikat kepada manusia. Tapi jika kita lalai dan angkuh, bertambah hinalah kita, selari dengan dengan 'hina'nya asal penciptaan kita. Apa kerja tu? Amar ma'ruf, nahi munkar! Dakwah ilallah!
*****
Sahabat ibarat matahari.
Kehangatannya menyenangkan jiwa.
Kehilangannya ibarat bumi kehilangan matahari.
Sungguh tiada siapa berharapan demikian.
Bahkan lebih gembira dirinya hilang,
berbanding cahayanya gelap meninggalkan.
Huhu. Sebelum kita mencari sahabat yang persis matahari tu, kita ni dah jadi matahari kepada orang lain tak? Kita sanggup berkorban untuk orang lain tak? Muhasabah diri islah jiwa, kalau nak dapat sahabat setia!
*****
Tidakkah kau melihat matahari,
sinarnya tiada henti,
hatta di kala malam, bulan mewakili.
Begitulah sahabat yang baik,
sentiasa menyuluh cahaya kesedaran,
walau berjauhan,
tetap berusaha untuk mencapainya.
Sahabat lagi. Huhu. Bukan jasad tubuh yang menjadi ukur, tapi ukhwah fillah yang tidak lebur. Susah senang dia bersama kita, secara langsung atau berselindung. Bestnye ukhwah kerana-Nya, sekurang-kurangnya sujud kita pada kiblat yang sama!
*****
Tidakkah kau melihat matahari?
Besarnya, panasnya, kuatnya.
Sungguh apakah yang dapat memadamkannya?
Dan tidakkah kamu pernah bertanya,
bagaimana pula Penciptanya?
Allahu Akbar! Kadang-kadang kita lupa, yang mencipta sesuatu yang hebat, mestilah dia lebih hebat! Manusia yang mencipta robot tercanggih pastinya diiktiraf kegeniusannya! So bukan sahaja matahari, melihat sekecil-kecil virus yang hebat menyerang manusia pon patutnya mengingatkan kita akan hebatnya Penciptanya yang Maha Buat Apa-apa!
*****
Cinta seperti matahari,
perlu dalam kehidupan,
tetapi harus sabar menahan teriknya.
Perjalanan cinta penuh cabaran,
bukan semua ada keindahan,
realiti tidak sama dengan cerita.
Kamu tidak pernah tahu,
apa untuk Kamu yang Allah telah susun.
Namun bagi yang arif dasar cintanya,
tidak akan keguguran.
Namun siapakah yang memerhati?
Pencinta Utama yang memerhati. Cinta tu fitrah, perlu untuk kehidupan. Tapi Cinta Utama perlu selalu datang dulu, barulah cinta pertama, kedua, ketiga. Cinta Utama hanya untuk Dia, yang memberikan kekuatan dan kesabaran dalam bercinta pada jalan-Nya.
*****
Bukanlah Allah menciptakan jarak antara bumi dan matahari itu,
sekadar untuk main-main sahaja.
Sungguh tidak Dia ciptakan batas hubungan lelaki-perempuan itu,
sekadar sia-sia tanpa makna.
Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui,
dan kita tidak mengetahui apa-apa.
Maka apakah sepatutnya si jahil lakukan?
Bukankah mengikuti empunya ilmu berkenaan apa yang tidak diketahui?
Isu panas. Hubungan lelaki-perempuan. Kadang2 terpengaruh dan terbawa-bawa soal hati dan perasaan. Padahal semua tu mainan nafsu dan syaitan. Lelaki dan perempuan, dua2 kene tunduk pandangan, jaga batasan perhubungan, takuti Allah yang dah kata JANGAN!!!
*****
Kau menyah gelita.
Penenang dalam jiwa.
Ibarat matahari untuk dunia.
Dikau tiada ganti.
Aku ingin menjemputmu,
biar ada di sisi.
Namun, apakah benar kau untukku?
Itu tidak kutahu.
Inilah harapan suci seorang bakal suami; untuk memiliki isteri yang tiada ganti. Tapi takdir Allah sokmo mendahului, kalau tak dapat yang diingini, kene bersyukur dengan apa yang didapati. InsyaAllah.
*****
Kau mentari hati,
menyinar terang gelap hidupku.
Kau sinar penyaman kalbu,
lapang senang datang menyerbu.
Kau mentari hati,
di dalam jiwa hanya satu.
Kau sumber tenaga,
memancar kekuatan dalam langkah.
Maka teruslah dikau menyinarkan cahaya.
Ibarat Masyitah zaman Musa,
yang teguh terjun dalam didihan syurga.
Peranan seorang isteri itu tiada tolok bandingnya. Memberi sinar, semangat dan kekuatan untuk si suami. Sanggup berkoban setulus hati, demi cintakan suami kerana Ilahi. Tapi bagaimana pula dengan si suami? Adakah menjadi matahari kepada si isteri?
*****
Saat kiamat tiba,
matahari akan hilang cahaya.
Namun siapa tahu hadirnya ia.
Sedang mentari muncul saban pagi,
siapakah yang memahami?
Setiap hari umpama hari terakhir.
Andai bukan kiamat yang hadir,
mungkin nyawa akan berakhir.
Entah hari ini, esok mahupun lusa.
Tiada siapa tahu,
melainkan Dia.
Mati itu pasti. Mati itu kiamat kecil kita. Jadi kene siap sedia sokmo! Waktu berjaga kene sedar diri, takut2 tercelik tidur kiamat menanti. Dah ready?
*****
Pernahkah kau bertanya matahari,
tidakkah dia bosan akan tugasnya?
Seharian memberi cahaya.
Siapakah pernah terfikir,
apakah matahari itu ikhlas pada Penciptanya?
Amal tak ikhlas tak berguna! Siapa matahari untuk meninggi diri, cahaya dipancar pon Allah yang beri. Apatah lagi kita manusia lemah, semua kudrat dan kehebatan pinjaman Allah! Ada pilihan ke untuk tak ikhlas?
*****
Bagaimana andai matahari meninggalkan dunia?
Begitulah dia, apabila ibu bapa tidak bertanggungjawab.
Jika kehidupan mati tanpa cahaya,
begitulah seorang anak tanpa siraman ibu bapa.
Sesungguhnya Allah Maha Adil.
Tiada yang mampu mencapai kesucian-Nya.
Sungguh dia akan menghukum hamba-Nya,
yang tidak menjalankan amanah-Nya.
Ibu bapa besar tanggungjawabnya. Tapi Allah tak bebankan kita dengan yang tak sepatutnya. Dia Maha Adil. Adil dalam beri tanggungjawab, adil jugak dalam menilai pelaksanaannya. Kita semua ada ibu bapa, yang laksana tanggungjawab wajiblah dicontoh, yang mengabaikan pula jangan dicemuh, tapi serahkan kepada Pember tanggungjawab; Allah!
*****
Mereka ditinggalkan,
seperti matahari yang sendirian berjuang tanpa lelah, tanpa jeda,
bergerak memberikan harapan.
Kemenangan itu masih di dalam gapaian.
Ibarat matahari yang tidak jemu muncul saban pagi,
menyatakan Allah masih membukan penerimaan.
Khas buat pejuang Islam serata dunia. Hari ini trend nafsi-nafsi, masing2 nak pentingkan diri. Tapi dengan janji Allah dan rasul-Nya, kita yakin Islam itu pasti menang akhirnya! Sedarlah manusia bergelar muslim, taubat kepada-Nya tidak bermusim, tapi tak bermakna tiada akhirnya, so cepatlah menyumbang untuk agama!
*****
Mereka berjuang,
berjuang dan terus berjuang.
Seperti matahari yang tidak pernah malap,
dalam percaya yang tidak berkesudahan.
Bukanlah mereka menanti bantuan,
melainkan bantuan Si Pemilik bantuan,
tetapi mereka memanggil untuk sama-sama berdiri atas kemuliaan,
dan siapakah yang menyahutnya?
Sungguh orang-orang yang mulia itu,
adalah yang percaya kepada-Nya dan berkorban.
Kejayaan itu hanya milik-Nya. Namun suratan taqdir di hujung usaha. Tak rasa rugi ke duduk saje, orang lain dah lari laju mendaki menara melengkapkan usaha! Bukan mereka tidak sapa, tapi kita yang tutup mata, tak percaya janji-Nya, tak nak berkorban untuk agama!
*****
Sungguh berbeza orang yang percaya,
dengan mereka yang tidak.
Mereka tahu matahari wujud memberikan cahaya,
melalui kajian dan pembacaan.
Namun mereka tidak mampu meneliti matahari,
dan menjumpai-Nya.
Mereka menyangka telah malapkan cahaya-Nya.
Sungguh, Pencipta kepada matahari itu,
semestinya berkali ganda lebih hebat,
daripada matahari itu sendiri.
Tahu je tak cukup. Ad-Din itu ada Iman, Islam dan Ihsan. Ada yang pakar tentang Islam, tapi tiada Iman mendalam. Ada pula yang berIman, tapi tiada amal Islam dan Ihsan. Ada juga yang baik berIhsan, tapi culas amal Islamnya. Namun ad-Din itu jika mulanya Iman, dituruti amal yang Islam dan dihiasi akhlak Ihsan, maka tahu itu membawa mampu, selepas percaya membawa daya.
*****
Munculnya matahari di hari baru,
tanda Allah masih mencintaimu.
Taubat masih ditawar,
keampunan masih dibuka.
Sungguh pengampunan-Nya lebih luas,
berbanding dunia ciptaan-Nya.
Namu siapakah yang bersungguh,
mencari dan bersimpuh di sisi-Nya?
Pintu taubat itu sentiasa terbuka, tidak berkunci, tidak bermangga. Betapa Pemurahnya Dia, mahukan hamba-Nya mudah masuk ke rumah syurga melalui pintu taubat yang sentiasa terbuka. Tinggal kita, nak ke tak nak, melangkah masuk atau hanya duduk membuntuti pintu itu, kerana tidak mahu berpaling dari dosa dunia yang meresah jiwa!
*****
Matahari itu menanggung kepanasan,
memberikan cahaya kepada manusia.
Walau dicela kerana keterikannya,
dia terus bersinar memberikan tenaga,
kerana dia tahu manusia memerlukannya.
Begitulah seorang penyeru,
menahan penderitaan dan kepayahan,
demi menyalakan cahaya dalam manusia.
Walau dikeji dan dihina,
dan tiada siapa yang lebih mulia daripada mereka.
Akhirnya, kembali semula kepada hakikat dan tanggungjawab kita; Penyeru a.k.a Da'ei! Seorang sahabat itu da'ei kepada sahabatnya. Ibu bapa juga berdakwah dengan melaksanakan amanahnya. Pejuang Islam itu sedang berdakwah mempertahankan agamanya. Dakwah kita membawa kepada-Nya, membawa manusia kepada pintu taubat yang sentiasa tebuka! Biarlah hina dicela, biarlah hati terluka, asalkan di sisi Allah yang Esa, kita mulia kerana menyeru kepada-Nya.
| Psst..kita nak jadi matahari tak dik? |
Matahari
Hilal Asyraf
Galeri Ilmu 2011
langitilahi.com
1 ulasan:
Nak IAllah ;)
Catat Ulasan