Ahad, 22 Januari 2012

Apa Yang Kita Suka VS Apa Yang DIA Nak Bagi


Assalamu’alaikum.

Yo, bro..hehe..sorry lamo bona dah den tak update blog ni. Actually adik dah prepare 2 cerita. Tetibe hilang..pergh..agak kuciwa di situ. Tapi takpe, nanti kalau ada kelapangan, adik akan tulis la sekali lagi cerita tu.

Ok, kali ni adik nak kongsikan tentang persoalan,
“Apa yang kita suka? Apa yang kita tak suka? Apa yang kita mahu? Apa yang kita perlu?”

Apa…apa…dan apa…. (Biala walaupun abang yang selalu cerita kat adik kan..huhu).
Dalam kita mengejar dan mengharungi hari-hari kita, kita banyak berdepan dengan sesuatu yang memerlukan atau dalam sesetengah keadaan mewajibkan kita membuat pilihan atau keputusan. Dari kecil sampailah kita dah dewasa..(Hmmm..remaja la untuk adik..ngeh3..).

Masa kecil (kecikla sangattt..) @ remaja:
“Abang nak jadi apa bila dah besar?”
“Nak sekolah kat mane nanti lepas UPSR? SMK atau SMKA?” ~Adik pilih SMK..hehe..tak terlama pulak di SMKA tu..agaga..~
“Nak pilih aliran apa untuk SPM?” ~Dan kita pilih Sains Agama..sekolah yang sama..wink2 ;) ~
“Nak pilih course apa lepas SPM kalau result cmni n camtu?” ~Abang pilih engine..huhu~

Dah dewasa (Berumur lingkungan 19-20++):
“Dah habis belajar nak kerja apa?”
“Nak pilih kerja yang mana…A atau B atau C???” (Pening jugak nak pilih ek..abangla especially..hehe)
“Posting nak pilih mane?” (Ha…ni adik (^_^) )
“Nak pilih siapa? Si A atau si B atau si C?” (Ni untuk apa? Pasangan hiduplah..)
Dan banyak lagi persoalan sebenarnya yang akan bermain dan sedang bermain dalam fikiran kita. Betol tak, bang? (Mari angguk bersama-sama saya..(Dora) )
Jadi apa sebenarnya yang nak adik cakapkan?


Kita Tak Nampak Apa Yang Dia Nampak

Adik sebenarnya sedang memotivasikan diri sendiri dan nak berkongsi dengan abang tentang hakikat pilihan dalam hidup kita. Bolehlah abang tambah apa yang kurang pada isi adik ni.

Pilihan ni sebenarnya adalah sesuatu yang akan memberi kesan dalam urusan kita yang seterusnya. Kenapa adik kata kesan? Sebab kalau kita perasan, keputusan yang kita ambil akan menentukan hala tuju hidup kita yang seterusnya walaupun perkara itu mungkin hanyalah sekecil-kecil perkara (Ukuran kecil bergantung kepada individu.. ;) ).


Jadi, dalam hal nilah biasanya kita tersalah buat pilihan. Kenapa? Sebab kita ambil jalan untuk memilih sesuatu berlandaskan akal fikiran semata-mata. Dan lebih berat lagi (orang tengganu kate..parokx), mengikut hawa nafsu kita yang tak pernah kenal erti sabar, tenang, bersyukur, dan lain-lain sifat yang baik.

Misalnya, dalam hal berkaitan pelajaran. “Tak minat subjek nila..aku akan buat ‘fail’ untuk exam kali ni..”

Dalam hal berkaitan kerja. “Gaji terlalu kecil..tak naklah terima..bia takde pilihan kerja yang lain pun..” (Ukuran kecil mungkin sebab dibandingkan dengan gaji yang diterima kawan-kawan lain.”

Dalam hal berkaitan pilihan hidup. “Tak boleh terimalah dia..sebab tak chantek macam Fareesya (nama rekaan..andaikan Fareesya ni sangat cantik pada penilaian manusia).”
(Yang di atas hanyalah contoh mudah ye..terima kasih..datang lagi (mata bulat bersinar-sinar)..)

Maka, untuk mengelakkan kita daripada membuat keputusan seperti situasi di atas (yang boleh berubah mengikut situasi dalam hidup kita), kita perlu kembali kepada…..al-Qur’an dan al-Hadith. Kenapa? Sebab kedua-dua ni adalah panduan hidup kita. Allah dah meneydiakan manual terbaik untuk kita hidup atas muka bumi Dia. Tinggal kita memilih untuk gunakan manual itu atau pun tidak sahaja. ~See, sekali lagi kita harus memilih…~

Sabda  Nabi Muhammad s.a.w.:
"Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (al-Qur'an) dan sunnahku."
[HR  Malik bin Anas dalam al-Muwattha':- no. 1619]



JOM!! Kita tengok apa yang Allah sediakan untuk kita dalam manual-Nya berkaitan dengan pilihan dalam hidup kita.

Allah SWT berfirman:
Maksudnya: "Katakanlah (Wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakkal."
[At-Taubah,  9: 51]

Allah Sedang Mendidik Kita


Firman Allah SWT dalam kitabNya:

Maksudnya: "Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
[Al-Baqarah, 2: 216]

Dalam hal ni, adik nak kongsi satu ayat yang popular jugaklah hari ni. Quotes yang mungkin boleh memotivasikan kita dalam menghadapi apa sahaja di hadapan kita. Abang pernah dengar gak kot, tapi mungkin diolah sedikit dalam ayat adik..huhu ;)


Ulat bulu dah naik daunnn ;)
“Suatu masa, aku meminta kepada ALLAH setangkai bunga segar, tetapi DIA beri kaktus yang berduri. Aku tertanya-tanya, mengapa kaktus yang diberi? Lalu aku minta pula rama-rama, tetapi diberi ulat yang berbulu. Aku masih tak faham apa yang sedang berlaku padaku. Namun, aku masih menunggu. Kaktus kusimpan, ulat ku jaga. Lalu suatu masa, aku melihat kaktus berduri itu berbunga indah dan ulat berbulu tadi itu menjadi rama-rama yang cantik. Barulah aku mengerti, bahawa Allah sedang mengajarku melihat di sebalik sesuatu yang berlaku. Iaitu, Dia berikan aku sesuatu yang aku perlu, bukan semestinya sesuatu yang aku mahu.”


Ahha..satu lagi..adik ingat lagi dialog ni sebenarnya lama dah dengar, tapi sejak masuk drama, “Nur Ain” kat tv haritu, jadi makin popular pula. Tak apalah, benda baik bolehlah dikongsi bersama. Tak gitu?? =)



“Kita mahukan matahari, tapi Allah datangkan ribut dan petir hingga menghilangkan matahari tadi daripada pandangan kita. Kita rasa sedih bukan? Tetapi, rupa-rupanya, Allah nak hadiahkan pelangi yang cantik selepas turunnya hujan tadi..”


Pelangi selepas hujan...

Cantikkan? Jalan Allah itu indah pada waktunya. (^_^)

Dan akhir sekali, adik tutup sharing-maring adik dengan satu ayat al-Qur’an:

Maksudnya: "Boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)."
[An-Nisa', 4: 19]


Sedikit kata-kata akhir untuk ingatan kita bersama. Jangan pernah berputus harap kepada Allah, kerana Dia yang menciptakan kita, maka Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Rasullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa yang Allah mahukan dirinya berada dalam kebaikan, nescaya akan diujinya dengan beberapa kesusahan."
[HR Bukhari dan Muslim]

Wallahu A'lam.. =) 


P/S:

Semoga kita sentiasa berada di bawah rahmat Allah.

Adik doakan abang berjaya dalam kerjaya yang abang pilih dan dimudahkan semua urusan, Insya Allah.

Dalam setiap urusan kita, jangan lupa untuk tawakkal atas setiap usaha yang dah kita lakukan. 
















2 ulasan:

Abang berkata...

JZKKK dik! Mantop post adik ni! Sangat berguna setiap masa. Mabrook! =)

Keep on writing and writing with ur heart!

aDiK berkata...

InsyaAllah..penyuntik semnagat..
Time kaseh bang ;)