Assalamu’alaikum.
Yo, bro..hehe..sorry lamo bona
dah den tak update blog ni. Actually adik dah prepare 2 cerita. Tetibe hilang..pergh..agak
kuciwa di situ. Tapi takpe, nanti kalau ada kelapangan, adik akan tulis la
sekali lagi cerita tu.
Ok, kali ni adik nak kongsikan
tentang persoalan,
“Apa yang kita suka? Apa yang
kita tak suka? Apa yang kita mahu? Apa yang kita perlu?”
Apa…apa…dan apa…. (Biala walaupun
abang yang selalu cerita kat adik kan..huhu).
Dalam kita mengejar dan
mengharungi hari-hari kita, kita banyak berdepan dengan sesuatu yang memerlukan
atau dalam sesetengah keadaan mewajibkan kita membuat pilihan atau keputusan. Dari
kecil sampailah kita dah dewasa..(Hmmm..remaja la untuk adik..ngeh3..).
Masa kecil (kecikla sangattt..) @
remaja:
“Abang nak jadi apa bila dah
besar?”
“Nak sekolah kat mane nanti lepas
UPSR? SMK atau SMKA?” ~Adik pilih SMK..hehe..tak terlama pulak di SMKA
tu..agaga..~
“Nak pilih aliran apa untuk SPM?”
~Dan kita pilih Sains Agama..sekolah yang sama..wink2 ;) ~
“Nak pilih course apa lepas SPM
kalau result cmni n camtu?” ~Abang pilih engine..huhu~
Dah dewasa (Berumur lingkungan
19-20++):
“Dah habis belajar nak kerja apa?”
“Nak pilih kerja yang mana…A atau
B atau C???” (Pening jugak nak pilih ek..abangla especially..hehe)
“Posting nak pilih mane?” (Ha…ni
adik (^_^) )
“Nak pilih siapa? Si A atau si B
atau si C?” (Ni untuk apa? Pasangan hiduplah..)
Dan banyak lagi persoalan
sebenarnya yang akan bermain dan sedang bermain dalam fikiran kita. Betol tak,
bang? (Mari angguk bersama-sama saya..(Dora) )
Jadi apa sebenarnya yang nak adik
cakapkan?
Adik sebenarnya sedang
memotivasikan diri sendiri dan nak berkongsi dengan abang tentang hakikat pilihan
dalam hidup kita. Bolehlah abang tambah apa yang kurang pada isi adik ni.
Pilihan ni sebenarnya adalah
sesuatu yang akan memberi kesan dalam urusan kita yang seterusnya. Kenapa adik
kata kesan? Sebab kalau kita perasan, keputusan yang kita ambil akan menentukan
hala tuju hidup kita yang seterusnya walaupun perkara itu mungkin hanyalah
sekecil-kecil perkara (Ukuran kecil bergantung kepada individu.. ;) ).
Jadi, dalam hal nilah biasanya
kita tersalah buat pilihan. Kenapa? Sebab kita ambil jalan untuk memilih
sesuatu berlandaskan akal fikiran semata-mata. Dan lebih berat lagi (orang
tengganu kate..parokx), mengikut hawa nafsu kita yang tak pernah kenal erti
sabar, tenang, bersyukur, dan lain-lain sifat yang baik.
Misalnya, dalam hal berkaitan
pelajaran. “Tak minat subjek nila..aku akan buat ‘fail’ untuk exam kali ni..”
Dalam hal berkaitan kerja. “Gaji
terlalu kecil..tak naklah terima..bia takde pilihan kerja yang lain pun..”
(Ukuran kecil mungkin sebab dibandingkan dengan gaji yang diterima kawan-kawan
lain.”
Dalam hal berkaitan pilihan
hidup. “Tak boleh terimalah dia..sebab tak chantek macam Fareesya (nama
rekaan..andaikan Fareesya ni sangat cantik pada penilaian manusia).”
(Yang di atas hanyalah contoh
mudah ye..terima kasih..datang lagi (mata bulat bersinar-sinar)..)
Maka, untuk mengelakkan kita
daripada membuat keputusan seperti situasi di atas (yang boleh berubah mengikut
situasi dalam hidup kita), kita perlu kembali kepada…..al-Qur’an dan al-Hadith.
Kenapa? Sebab kedua-dua ni adalah panduan hidup kita. Allah dah meneydiakan
manual terbaik untuk kita hidup atas muka bumi Dia. Tinggal kita memilih untuk
gunakan manual itu atau pun tidak sahaja. ~See, sekali lagi kita harus
memilih…~
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
"Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (al-Qur'an) dan sunnahku."
[HR Malik bin Anas dalam al-Muwattha':- no. 1619]
JOM!! Kita tengok apa yang Allah sediakan
untuk kita dalam manual-Nya berkaitan dengan pilihan dalam hidup kita.
Allah SWT berfirman:
Maksudnya: "Katakanlah (Wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakkal."
[At-Taubah, 9: 51]
Allah Sedang Mendidik Kita
Firman Allah SWT dalam kitabNya:
Maksudnya: "Dan boleh jadi kamu benci kepada
sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu
padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui
(semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
[Al-Baqarah, 2: 216]
Dalam hal ni, adik nak kongsi satu
ayat yang popular jugaklah hari ni. Quotes yang mungkin boleh memotivasikan
kita dalam menghadapi apa sahaja di hadapan kita. Abang pernah dengar gak kot,
tapi mungkin diolah sedikit dalam ayat adik..huhu ;)
“Suatu masa, aku meminta kepada ALLAH setangkai bunga segar, tetapi DIA beri kaktus
yang berduri. Aku tertanya-tanya, mengapa kaktus yang diberi? Lalu aku minta
pula rama-rama, tetapi diberi
ulat yang berbulu. Aku masih tak faham apa yang sedang berlaku
padaku. Namun, aku masih menunggu. Kaktus kusimpan, ulat ku jaga. Lalu suatu
masa, aku melihat kaktus berduri itu berbunga
indah dan ulat berbulu
tadi itu menjadi rama-rama yang cantik. Barulah aku mengerti, bahawa
Allah sedang mengajarku melihat di sebalik sesuatu yang berlaku. Iaitu, Dia
berikan aku sesuatu yang aku perlu, bukan semestinya sesuatu yang aku mahu.”
![]() |
| Ulat bulu dah naik daunnn ;) |
Ahha..satu lagi..adik ingat lagi dialog ni sebenarnya lama dah dengar, tapi sejak masuk drama, “Nur Ain” kat tv haritu, jadi makin popular pula. Tak apalah, benda baik bolehlah dikongsi bersama. Tak gitu?? =)
“Kita
mahukan matahari, tapi Allah datangkan ribut dan petir hingga menghilangkan
matahari tadi daripada pandangan kita. Kita rasa sedih bukan? Tetapi,
rupa-rupanya, Allah nak hadiahkan pelangi yang cantik selepas turunnya hujan
tadi..”
![]() |
| Pelangi selepas hujan... |
Cantikkan?
Jalan Allah itu indah pada waktunya. (^_^)
Dan akhir
sekali, adik tutup sharing-maring adik dengan satu ayat al-Qur’an:
Maksudnya: "Boleh jadi kamu bencikan sesuatu,
sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang
banyak (untuk kamu)."
[An-Nisa', 4: 19]
Sedikit kata-kata akhir untuk ingatan
kita bersama. Jangan pernah berputus harap kepada Allah, kerana Dia yang
menciptakan kita, maka Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
Rasullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang Allah mahukan dirinya berada dalam kebaikan, nescaya akan diujinya dengan beberapa kesusahan."
Rasullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang Allah mahukan dirinya berada dalam kebaikan, nescaya akan diujinya dengan beberapa kesusahan."
[HR Bukhari dan Muslim]
Wallahu A'lam.. =)
P/S:
Semoga kita sentiasa berada di bawah
rahmat Allah.
Adik doakan abang berjaya dalam
kerjaya yang abang pilih dan dimudahkan semua urusan, Insya Allah.
Dalam setiap urusan kita, jangan lupa
untuk tawakkal atas setiap usaha yang dah kita lakukan.


2 ulasan:
JZKKK dik! Mantop post adik ni! Sangat berguna setiap masa. Mabrook! =)
Keep on writing and writing with ur heart!
InsyaAllah..penyuntik semnagat..
Time kaseh bang ;)
Catat Ulasan