Ok, abang nak sambung pasal pengisian Henshin! a.k.a. ISK. Muqaddimah tak habis lagi. Huhu. Ingat lagi yang Siri 1 dulu? Muqaddimah tentang Siapa KITA? Kali ni abang nak sambung lagi.. Ready?
*****
Kita dah jelas dan yakin tentang identiti kita sebagai 'i'slam, bukan sekadar 'I'slam. Inilah identiti kita yang paling kukuh, paling mendasar, dan paling tepat!
Eh tapi senang ke nak jadi 'i'slam? Setakat 'I'slam tu sesapa pon boleh! Lagi2 yang nama dia memang ada perkataan 'Islam', macam dalam video yang abang letak dalam Siri 1 yang lepas. Huhu. Mampu tak kita mempraktikkan ISLAM secara keseluruhannya dalam hidup kita? Bila kata kita ni islam 'i' kecik, so pejam celik kita kenalah islam, makan minum tido main belajar dan segaaaaaaaaala aktiviti harian kita mestilah ikut apa yang islam kata. So senang ke susah tu? Kita mampu ke buat?
Manusia = LOGAM
Jom baca apa nabi S.A.W. cakap ni..
عن أبي هريرة رضي الله عنه: قَالَ رَسُوْلَ الله صلى الله عليه وسلم:
(الناس معادن، خِيَارُهُمْ فِي الْجَاهِلِيّةِ خِيَارُهُمْ فِي الإِسْلاَمِ. إِذَا فَقُهُوا. (صحيح البخاري
Daripada Abu Hurairah R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda: Manusia itu seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah, terpilihnya mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham. (Sahih Bukhari)
Ha, bukan orang islam je yang nabi cakap ni, tapi semuaaaaaaa MANUSIA itu LOGAM! Semua orang kuat, ampuh, hebat macam logam. Dan setiap orang jugak ada kualiti masing2, tak kira lah 'emas' ke, 'perak' ke, 'timah' ke, 'platinum' ke, semuanya ada kualiti logam yang tersendiri yang tidak berubah ikut masa dan keadaan. Cuma apa yang berubah ialah cara digunakan 'logam-logam' itu, sama ada untuk keburukan atau kebaikan, Jahiliyyah atau Islam.
Contoh, pisau tajam yang diperbuat daripada logam berkualiti tinggi yang ampuh, boleh ditempa dan berkilat, sangat berguna untuk menyembelih binatang korban, memotong sayuran untuk dimasak, menebas semak samun sekeliling masjid dan mengasah pensil untuk tulis khat. Huhu. Tapi AWAS, pisau yang tajam ini jugak boleh digunakan untuk menyembelih orang yang tidak berdosa (seperti si Syria skarang ni! Allahu Musta'an), memotong kabel letrik untuk dijual nak beli dadah, menebas pokok untuk pembalakan haram, dan mengasah pensil untuk conteng dinding sekolah! Nampak tak beza penggunaan pisau logam ni dik?
So abang nak kaitkan semula dengan soalan abang tadi; mampu tak kita nak praktikkan islam dalam seluruh hidup kita, jawapannya MAMPU! BOLEH! KENAPA TIDAK?! Sebab apa? Sebab setiap orang adalah logam! Setiap orang ampuh dan kuat macam logam, juga berkualiti tersendiri. Dan kita ada dua pilihan je, Jahiliyyah atau Islam. So kalau hidup kita ni tidak dipraktikkan dengan Islam, mesti kita tengah buat benda2 Jahiliyyah sama ada sedar atau tidak.
Tapi nanti dulu, tengok balik hadis tadi, ada something yang nabi cakap kat hujung hadis tu. Yes, syarat untuk jadi berkualiti dan seampuh sekuat logam. " إِذَا فَقُهُوا" Dengan syarat "sekiranya mereka FAHAM". Pisau tadi contohnya, jika penggunanya betul2 faham untuk apa pisau tu nak digunakan, maka fungsi itu akan dapat digunakan sebaiknya, tak kira untuk kebaikan (potong sayur, sembelih binatang etc.) atau keburukan (bunuh orang, tebang pokok haram etc.).
Jom ambil contoh daripada sirah nabi dan sahabat baginda. Umar al-Khattab, memang satu contoh femes untuk menggambarkan hadis ni. Tengoklah betapa bengis dan brutalnya Umar sebelum dia masuk Islam. Dialah antara pemuka Quraish yang hebat menyiksa muslimin di Makkah. Dengar je pasal Islam, dia melenting. Sampai dia sanggup nak bunuh nabi S.A.W. dengan tangan dia sendiri! Kenapa dia camtu? Sebab dia FAHAM yang nabi S.A.W. bawak ajaran baru yang dikatakan memecahbelahkan kaum dia. Nabi cakap yang hamba abdi sama tarafnya dengan si tuan pada pandangan Allah. Nabi kata agama nenek moyang dia salah, sesat, dan tak bermakna. Dia rasa terhina dengan dakwaan nabi bahawa berhala yang disembahnya tak boleh buat apa-apa. So semasa jahiliyyahnya, Umar FAHAM yang dia mesti hapuskan nabi S.A.W. supaya keadaan kembali kepada 'asal'nya.
Tapi cuba tengok Umar lepas dia masuk Islam. Dia jadi lembik ke? Dia dah tak pemarah? TAK! Dia masih brutal dan bengis, dia masih garang gila sampai syaitan pon takut nak dekat (al-Hadith)! So kualiti dia sama, cuma kali ni, semuanya demi Islam. Sebab apa? Sebab dia FAHAM yang Islamlah agama sebenar, Islamlah yang memberi cahaya kepada alam, Islamlah yang perlu ditegakkan di atas muka bumi ini. Kualiti dan sifatnya sebelum dan selepas memeluk Islam kekal, cuma tujuan dan penggunaannya sahaja berubah atas dasar FAHAM.
Kita ambil satu lagi contoh sahabat, Mus'ab bin Umair. Siapa Mus'ab ni sebelum memeluk Islam? Dialah antara jejaka tertampan, petah berkata-kata dan menjadi pojaan ramai. Pakaian dia memang mewah, dengan minyak wangi yang semerbak mengharumi setiap jalan yang dia lalu. Semuanya daripada kekayaan si ibu yang menatangnya bagai minyak penuh. Dia tahu dan dia FAHAM, duit si ibu mestilah diguna untuk menjaga parasnya, penampilan dan kemasyhurannya. Semua itu penting supaya dia kekal bergaya dan menjadi kegilaan empunya mata.
Tapi apa jadi kepada Musab selepas dia bergelar muslim? Harta dan kekayaan yang dikecapinya semua ditarik balik oleh si ibu yang tak nak beriman. Tapi kualiti padanya tetap kekal. Dia tetap sehensem dulu, sepetah dan semenawan zaman jahiliyyahnya. Tapi kali ni dia FAHAM, semua itu bertujuan bukan untuk dirinya, tapi untuk kembangkan agama Allah. So menyahut seruan nabi S.A.W., Mus'ab pergi ke Yathrib (Madinah) menjadi duta pertama Islam, menyeru penduduk di sana beriman kepada Allah. Ya, hidayah Allah di Yathrib terbuka tatkala pembesar di sana mendengar kepetahan Mus'ab berbicara, apabila si ibu tertawan hati melihat raut wajah Mus'ab yang elok lagi menenangkan, dan semasa susuk Mus'ab terpacul di pintu-pintu mereka dengan senyuman manisnya yang menguntum untuk Islam.
So dik, nampak kan, kualiti kita kekal dalam keadaan apa pun, tapi yang berbeza adalah penggunaannya yang lahir daripada FAHAM. Kena FAHAM dulu, baru berkualiti, kuat dan sehebat LOGAM! So kesimpulannya, kita MAMPU jadi islam 'i' kecik, dengan syarat kita FAHAM.
Tapi nak faham apa?
عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
مَنْ يُرِدِ اللّهُ بِهِ خَيْراً يُفَقّهْهُ فِي الدّينِ
(صحيح البخارى ومسلم)
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah S.A.W. bersabda: Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, Dia (Allah) akan memahamkannya tentang ad-din. (Sahih Bukhari dan Muslim)
Nak jadi islam 'i' kecik maksudnya kita buat kebaikan sokmo sokmo, seperti yang disuruh Allah dan Rasul-Nya. Kita MAMPU buat semua ni sebab nabi cakap kita ni sehebat LOGAM, dengan syarat kita FAHAM! Nak faham apa? So nabi cakap lagi, untuk dipilih oleh Allah bagi membuat dan mendapat kebaikan, adalah dengan faham AD-DIN.
Ad-din kita tak lain tak bukan adalah Islam. Apa maksud 'ad-din' ni sebenarnya? Adik mesti tau kan, ia bukan terbatas kepada makna 'agama' yang biasanya merujuk kepada amalan ritual seperti solat, puasa ramadhan, haji dan seumpamanya. Tapi 'ad-din' itulah 'cara hidup' kita hari-hari. Yang kita kata nak diisi dengan kebaikan sokmo sokmo tu. Yang padanya kita nak terjemahkan makna islam 'i' kecik tu!
Ops, jap jap. Soalan, soalan! Rasanya ad-din tu luas kan? So nak faham macam mana? Nak faham apa dulu? Haih. (Buat-buat tanye ye dik.. Hehe.)
Jawapannya... TUNGGUUUU HENSHIN! Siri 3 =)
Wallahua'lam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan